Tuesday, December 25

Kemanusiaan..

KEMANUSIAAN.. aku rasa ni sifat yang semakin terhakis dalam kalangan generasi hari ni.. generasi hipster katanya.. hubungan yang perlu dijaga hanyalah hubungan antara mereka dan juga peranti cangguh mereka.. membutakan mata.. memekakkan telinga.. mengeraskan hati mereka daripada mengambil tahu makhluk hidup di sekitar mereka.. jangan kan haiwan dan tumbuhan.. malangnya sesama manusia pon mereka tidak endahkan... mungkin juga aku kadang kala bersikap demikian..

baru-baru ni negara dikejutkan dengan cerita2 yang membangkitkan isu-isu perkauman.. isu-isu amuk.. isu-isu pembunuhan kejam.. cuma alhadulillah setakat ni.. takde lagi aku bangun pagi-pagi ade peluru berpandu depan rumah.. ke manakah menghilangnya Malaysia yang dulu.. yang saling menghormati.. sejujurnya aku masih x yakin dengan pemerintahan ini.. saling menunding jari.. kerap menyalahkan pemerintahan terdahulu.. hari ni kata ini.. esok kata itu.. entah lah..

bercakap pasal nilai kemanusiaan.. sebenarnya aku just nak cerita perihal jiran aku.. UNCLE.. dah beberapa tahun aku tgk uncle duduk sorang2.. kalau dulu ada adik dia yang duduk di belakang rumah dia.. n ade anak buah yang selalu datang kat rumah uncle.. tapi lepas adik uncle meninggal.. anak buah die pon aku x pernah tengok.. aku ingat uncle memang x pernah kahwin.. rupanya dah.. isteri dan anak uncle katanya tinggal kat luar negara..

sejak kebelakangan ni aku tgk tahap kesihatan uncle macam makin merosot.. sampai la hari ni.. aku tgk uncle asyik keluar masuk kereta je.. tapi x bergerak2 pon kereta tu.. cuma petang tadi masa aku sapu daun2 kering.. uncle melintas depan rumah dengan langkah yang longlai.. nafas pun macam tersekat2..

"kakak.. sy sakit" lepas tu uncle terus menekan loceng rumah anak cina yang selalu berborak dengan dia.. tapi xde respon.. aku rasa diorang xde kat rumah.. maybe g menyambut krismas kat mana2 kot..

lepas isyak tadi.. aku keluar p cari bobit.. sekali lagi aku perasan.. setiap kali pintu gate kami bukak.. uncle akan keluar.. sama juga macam tadi.. dia keluar masuk kereta.. tapi x gerak2.. hati aku mula x sedap.. aku panggil mimi.. pastu kitorang tanya la.. uncle nak ke klinik ke? dia kate nak ke hukm.. dada die sesak.. dan da mmg selalu p checkup kat sana.. hukm.. aku nak drive malam2 ke sana mmg tak la.. so aku suh mimi panggil dedi..

alhamdulillah mood dedi pon ok malam ni.. so kitorang bertiga pon hantar la uncle ke hukm.. dalam kereta uncle cuba jugak tuk bersembang walaupun nafas nya tersekat2.. uncle suruh hantar dia terus ke unit kecemasan.. sampai betul2 di depan pintu kecemasan.. semua mata melorat ke arah kami.. pelik ke orang melayu bawak org cina ke hospital... uncle suruh tinggalkan je dia kat situ.. dia akan tunggu ward dan akan call adik dia.. tp aku tgk la jugak uncle sampai die duduk kat nurse tu.. x sampai hati nak tinggal gitu je.. masa turun kereta tadi pon die dah mcm nak tumbang..

harap2 uncle ok la.. along pon kata nak call tanya keadaan uncle.. moga2 urusan uncle dipermudahkan..

Monday, December 24

BOSS VS LEADER...

dari pemerhatian dan pengalaman aku.. lately ramai orang berpangkat ni mula jalan mendongak langit.. perwatakan 360 darjah berputar.. sama juga dengan bahasa dan intonasi yang dilontarkan.. harap2 kalau aku berpeluang mcm tu aku tak begitu mendongak ke langit.. ye la hidup kita ni kan umpama roda.. kita x selamanya berada di bawah dan juga tak selamanya berada di atas..

pernah bekerja di bawah beberapa ketua.. buat aku dapat lihat perbezaan antara seorang ketua dan seorang pemimpin.. pemimpin yang aku kenal x pernah lokek dengan ilmu.. ilmu intelektual mahupun ilmu dalam kehidupan.. penuh dengan nasihat dan sifat ambil berat seorang ayah.. kehilangan yang sangat dirasai oleh kami semua.. sentiasa terbayang keletah arwah.. sentiasa terngiang2 nasihat arwah.. walau x lama bersama kami.. namun di segenap sudut sekolah punya memori yang sentiasa kami ingat bersama arwah. walau selama berbulan2 memantau kerja kami dari katil hospital.. kami berjaya.. kami percaya..

pengalaman bekerja di bawah boss membuat kan aku sentiasa berangan2 nak jadi macam drama2 melayu masa kini.. orang yang bukan siapa2 boleh bermimpi dan perlu bijak mencari peluang untuk dapat kemewahan tanpa bersusah payah.. namun aku sedar.. aku tak punya rupa dan tak punya pakej untuk jadi seperti mereka.. makanya aku la antara orang yang terpaksa menebalkan muka.. memekakkan telinga.. membanting tulang empat kerat untuk hidup selesa seadanya..

betullah kata orang boss selalu menggunakan ungakapan 'saya' bukannya 'kita'.. selalu mempersoalkan integriti orang lain.. tapi dia lupa.. orang sekeliling juga memerhati dan menilai integriti mereka.. sering memomokkan supaya sentiasa menjaga hubungan dengan murid dan ibu bapa.. tapi dia sedarkah adakah dia pernah menjaga hubungannya dengan anak2 buahnya?

tah la.. malas dh nak taip..


Tuesday, September 18

GIRLFRIEND GETAWAY 2018.. - PART I

Date : 8 ~ 11 September 2018
Venue : KL ~ Perlis ~ Danok ~ Perlis ~ KL

ok.. last year kitorang dah bergetaway kat Putrajaya.. tahun ni kasi jauh sket.. bawak buku merah sama.. 1st time untuk i.. yang lain-lain tu idok.. kali ni my baby sis join kitorang sebab lia ngan izu tak dapat join.. so jadilah pengembaraan kami berempat ke utara tanah air..

[ 8.9.18 ~ KL - Kepala Batas, Penang - Perlis ]

pagi tu semua berkumpul kat ampang sebab naik babyvy.. zawan sampai je kami terus gerak.. memula kekonon nak p la singgah minum petang kat rumah kak amey.. tapi x dijangka-jangka.. jem bagai nak gila.. 1st time ok aku drive straight dr kl ke penang 7 jam ok... selalu paling lama dalam 5 jam ja.. walau pon hujan kat beberapa tempat tapi alhamdulillah perjalanan kami selamat.

memandangkan masa nak sampai kepala batas tu dah dekat pukul 5.. so kami pon berkira2 nak p cari penggurup wang kat pekan.. pusing punya pusing x jumpa pon.. so kami singgah solat ngan makan ja kat situ. n x sempat pon singgah p tengok mak su pak ken.. tapi ape2 pon kami roger ok depa.. kata sorry x sempat nak singgah sbb nak terus p perlis.


kat kepala batas kami singgah makan kat kafe mae thai yang terletak sebelah sunshine. ok la jugak makanan dia.. sedap.

lepas dah isi perut dan isi tank minyak.. kami teruskan perjalanan ke negeri indera kayangan. disebabkan masa kami gerak pon dah maghrib so kami terpaksa batalkan hasrat nak singgah rumah kak amey kat jitra. disebabkan aku pon ala2 rabun ayam.. so perjalanan ke perlis kali ni disambung oleh zawan.

 

perjalanan ke perlis boleh dikatakan agak lancar walaupun hujan dan banyak kereta la jugak.. 

sampai je kat destinasi.. kami singgah mini mart beli air mineral then terus ke rumah zawan. sampai je.. nak dijadikan cerita.. padlock gate rumah dh ditukar oleh jiran yang tolong tengok2 kan rumah tu.. tu la zawan.. kekonon nak buat surprise.. tetiba dia yang kena balik.. nasib baik la jiran tu ada.. cuma padlock tu terpaksa diketuk sebab kunci nya dalam kereta yang dah ke damansara..

masuk rumah.. punggah barang semua.. sapu2 rumah sket sbb lama dah tinggai.. bersih2 badan semua.. pack kan baju untuk ke danok esoknya.. sambil2 membawang sket2.. masing2 dah baring semua pakat dok tenung phone lg.. ada yg main game.. tgk channel masak la.. tgk cerita korea la.. padahal cadang2 esok nak gerak pagi2 p bukit kayu itam..

bak kata zawan... dan seperti yang sudah aku jangka kan.. aku la orang 1st yang belayar dulu.. haha... ok nanti smbung part II..


Thursday, March 22

nama...

bersawang sangat dah blog ni.. btw.. zaman2 serba canggih ni ade lagi ke orang tulis n baca blog ek? aku pon x tau ape tujuan aku tulis blog ni.. kalau dulu mula2 ber blog ni boleh share2 bace ngan kawan2.. tapi sekarang ni masing2 pon dah sibuk ngan kerjaya la keluarga la.. x pon sibuk dok main game kat phone.. sekarang nie kalau ade pon orang tulis blog banyak pasal travel log kan.. bagus jugak tu.. salah satu cara nak kongsi pengalaman n dalam masa yang sama simpan memori indah deme.. tapi aku kalau nak buat travel log ni mmg x la kot... dalam Malaysia pon aku x mampu nak travel2 bagai ni...

hari ni boleh dapat mood nak tulis lepas sembang2 kat whatapps ngan mak lang yang nak p umrah next week...

mak lang  :  awak nak mintak doa ape. khusus. mak lang nak g 27.3 ni

me  :  mintak yang baik2 dan lebih ikhlas dlm ibadah

mak lang  :  nak jodoh yg mcm mana? mak lang boleh tlg doakan

(eh eh.. nampak.. pandai mak lang nak attack aku ek.. b4 ni diam je x penah sebut.. btw.. bg aku mak lang aku ni mmg ustazah yang sempoi.. pakar rujuk ni.. esp masa ajaq mamat buat homework bahasa arab)

me  :  jodoh? haha entah.. yg tak menyusahkan.. boleh ke mintak mcm tu..

(nampak.. aku pon x tau nak mintak mcm mana.. bila tgk sekeliling.. pengalaman2 orang lain.. seram tau tak.. so aku mcm dah sampai tahap.. kalau ade.. ade la.. kalau xde.. nak buat cam ne kan..)

mak lang  :  ye boleh nurul.. insyaallah..


ok.. berbalik kepada tajuk.. actually aku bukan nak sembang pasal jodoh ke ape.. tapi pasal nama.. sedar x sedar.. nama yang orang panggil kita ni kadang2 memainkan peranan yang besar jugak ek.. tu bagi aku la.. rasenye aku antara orang yang banyak nama panggilan jugak..

1. angah / kakak
ni panggilan biasa la kat rumah.. anak no dua kan.. so angah la.. lately sepupu sepapat pon dah start panggil angah dah.. dulu nama kecik2 depa panggil nama lain..

2. nor
ni depa dok panggil masa kat kampung dulu.. maybe senang nak sebut kot.. aku nor.. along yun.. tp la ni depa dh x guna nama ni.. so aku pon x tau nak bahasakan aku apa.. 

3. wani
ni panggilan kawan2.. ala2 nama mcm panggilan formal sket la.. kalau dengan orang yang x berapa nak mesra pon selalunya aku guna nama ni la..

4. nurul
ni nama orang2 tertentu ja panggil aku.. family belah abah.. kalau belah mama aku rasa mak ndak sorang je panggil aku nurul.. kalau kat sekolah pun madam je yang panggil aku nurul.. bila org panggil nurul ni aku lemah sket ni.. terus rasa kena behave n jadi ala2 sopan gitu.. kalau kat upm dulu abg mizan sorang je panggil aku nurul.. aku pun x tau la mcm mana dia boleh panggil aku nama tu,... hehe..

5. che onn
nama ni kalau x silap aku member2 masa kat muar yang panggil.. start ngan classmate aku et.. pastu.. lekat la sampai la ni depa dok panggil che onn.. sampai kan anak2 buah aku pon panggil aku che onn nie.. bila soh panggil mak ngah.. depa gelak... adoi.. anak2 mellinium sungguh..

6. ony
yang ni member2 kat gerik yang start panggil.. n yang ni lekat sampai sekarang.. n aku pon rasa nama ni paling cocok ngan aku.. cewah.. so me la kononnye.. tapi idok la aku guna kat tempat2 formal.. tp kat sekolah pk hem aku je yang panggil aku ony.. hehe... my big boss.. 

bye.. ok karangan xde penutup... abs dah idea... daa