Coretan hidup seorang guru bukan hanya mengajar di dalam kelas... walau aku bukanlah jenis yang disayangi dan mesra dengan pelajar sangat pon.. tapi kisah perjalanan hidup mereka ni terkadang menyentuh emosi jugak... Bila berpeluang memegang title guru kelas atau guru pengiring pelajar ke mana-mana pertandingan atau bengkel.. secara x langsung tugasan tu membuatkan kita sedikit rapat dengan mereka..
Melihat kudrat mereka mengharungi pancaroba dunia tanpa sempadan hari ini kadang membuatkan aku bersyukur kerna diberi peluang melihat dunia lebih awal. dengan erti kata lain, lahir pada zaman yang manusia masih lagi dididik dengan nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi. ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.. sudah lah terpaksa berdepan dengan kerakusan dunia... ada di antara mereka yang secara tiba-tiba hilang tempat untuk berpaut..
Satu pagi yang hening.. saat aku masih bermalasan untuk bangun membersihkan diri... tut tut.. 4.49 pagi.. sape pulak la yang rajin hantar msg pagi2 buta ni...
baru hembuskan nafas dia yang terakhir pukul 4.30 pagi td.."
terbayang muka pelajar ni.. walaupun aku x pernah berpeluang ajar die.. tapi hampir 2 bulan memegang title guru pengiring team mereka buat kan aku sedikit terkesan.. dari pemerhatian aku.. budak nye senyap... tapi aktif dalam pelbagai lapangan sukan..
wahai anak... moga kau terus tabah dalam mengharungi laluan hidup yang kau pilih... terus buat yang terbaik dan menapak yakin di jalan yang diredai.. moga perjalanan mu dipermudah.. jangan malu tuk gugurkan air mata di saat terkenang ibu mu... tapi jangan lupa untuk bangun semula.. terus mara menongkah arus dunia... selamat maju jaya cikgu ucapkan.. yakin diri.. kejayaan pasti menghampiri..
No comments:
Post a Comment