PAUSE HERE

Monday, July 11

Terima Kasih Kerana Singgah..

dalam hidup ni..tak semua yang hadir dalam hidup kita akan kekal selamanya.. ada yang hadir untuk satu tempoh yang lama.. ada juga hanya sekadar singgah.. mungkin singgah kala dia hanya perlu teman untuk bicara.. kemudian.. terus hilang sekelip mata.. datang tanpa diduga.. kemudian pergi begitu sahaja..

maafkan aku sayang.. harus meninggalkan kamu..
dan ku mohon lupakan aku.. di dalam hidupmu..
jangan kau datang lagi.. cinta telah aku kemasi..
dan ku harus beranjak pergi.. jangan kau tangisi..

betullah kata orang.. hati manusia mmg sukar diramal.. jadi sudahnya.. dalam apa2 situasi sekalipun.. kita tak perlu mengharap setinggi langit.. kelak.. jika tak seperti yang kita harapkan kita tidak begitu sakit sebab jatuh terlalu tinggi.. aku rasanya sudah masuk ke fasa.. jika kau rasa kau nak hadir.. silakan... tapi andai kata kau dah mengangkat kaki... aku mohon jangan toleh kembali..

dan jika hati sudah tak mahu.. maka jangan datangi aku lagi..
sampailah di sini kisah kita kasih.. aku harus pergi..
dan jika hati sudah tak cinta..
maka jangan pernah engkau memaksa..
aku telah lelah dengan semuanya.. sampai sini saja..

perjalanan hidup dah mengajar aku banyak perkara.. hati jugak seakan sudah tak punya rasa.. apapun di akhir bicara.. aku ucap terima kasih kerana sudi singgah walau untuk sejenak sahaja..


No comments:

Post a Comment