PAUSE HERE

Saturday, July 9

Simpan Sini Buat Kenangan ; Handball MSSD Keramat 2022

tahun ni.. sekali lagi sis kena pegang kelab handball sekolah... setelah beberapa tahun hanya perjumpaan secara online... tahun ni tetiba dah mula balik kejohanan... tanpa kawan yang memang pakar handball.. sebab dh pindah ke sekolah lain... memang jujurnya terkontang kanting sis... ye la sejak dari sekolah sis mana nak join sukan2 ni.. main bola tampar tu pon suka2 je.. setakat wakil rumah sukan je pon.. tambah lagi.. matahari dan sis bukan lah kawan baik pon... acah2 puteri lilin gitew... ye la muka dah la x lawo.. kang kalau rentung lagi lah x tau nak kata apa.. 

so berbalik pada kejohanan handball tu.. di sebabkan sekolah sis adalah antara penganjur.. so PK Koko kata kami kena hantar empat team.. which is.. dua2 team lelaki dan perempuan untuk bawah 15 ngan bawah 18... dah la buta handball.. kena hantar 4 team pulak tu... adoi... nasib baik masih berbaki murid2 yang penah berguru ngan pakar handball kat sekolah ni.. so satu kelegaan jugak buat sis..

berpanas berhujan teman kekanak ni training.. tq sangat sebab mereka sangat komited.. cuma yang under15 tu mcm pening sket.. sebab banyak main.. yang under18 terima kasih sangat cikgu ucapkan.. sebab sangat komited.. walaupon cikgu x berapa rapat sangat dengan korang.. ye la.. cikgu bukan nyer orang2 sukan n bukan jugak cikgu tik tok yang dikerumuni oleh anak2 murid.. hehe.. tq to my partner jugak.. walau di saat2 akhir kecundang sebab covid.. so terkontang kanting semula sis...

nasib ada kawan2 lain yang datang membantu beri tunjuk ajar kat kekanak ni.. n tolong tengok2 kan diorang training masa sis pun kecundang sebab telinga bengkak.. tq jugak to ex student yang datang bantu cikgu train adik2 korang ni... dan akhirnya semua penat lelah tu terbalas jugak... walaupun kedua2 team under15 kecundang.. tapi team under18 menyejukkan hati walau terpaksa berpanas 2 hari rampai rentung x boleh bawak bincang...

lepas ni kita bincang balik jadual training untuk ke peringkat negeri ye...tahniah semua...






No comments:

Post a Comment