PAUSE HERE

Sunday, March 27

Perpisahan...


Orang kata, pertemuan dan perpisahan lumrah kehidupan.. tapi terkadang perpisahan tu memberikan kesan yang boleh mengganggu emosi kita.. perpisahan yang dirancang atau terancang mungkin kurang memberikan impak.. sebab at least kita dan sedikit bersedia dengan perpisahan yang bakal menjelag tiba... tapi bila perpisahan melibatkan situasi yang kita tidak terjangka.. impaknya sukar ditafsirkan.. terima kenyataannya... mahu atau pun tidak.. bersedia atau pun tidak.. kita perlu menghadapinya..

sama dengan situasi di sekolah.. bila sorang demi sorang pergi meninggalkan seksyen 2.. ada yang melangkah dengan rela hati.. ada juga perpindahan yang tidak dijangka.. hari2 mendatang seakan terlakar kisah yang baharu buat mereka... orang kata.. patah tumbuh hilang berganti.. tapi dalam umur2 ni... membuka ruang untuk menerima rakan yang baharu seakan lambat terbuka.. bukan kerana sombong atau apa.. kerana manusia hari ini semakin sukar untuk dibaca...

buat rakan2 yang berhijrah ke tempat baharu.. moga terus cemerlang melakar kegemilangan.. ku harapkan cuma satu.. ingatlah persahabatan yang pernah kita sulam di seksyen 2...