PAUSE HERE

Sunday, June 4

Dari jauh saja..

Sumpah aku cinta kamu.. sampai mati sayang kamu..
sungguh aku rindu.. kepadamu saja..
apakah kau juga sama.. seperti yang aku rasa..
aku mohon sangat.. kamu cinta juga..

Seandainya.. kau tahu rasa cinta ini..
walau tak terbalaskan.. aku cinta..
haruskah.. ku simpan rasa cinta ini..
aku mengagumimu.. dari jauh saja..

jangan kau ragukan aku.. lihat kesungguhan ini..
bukalah hatimu..hanya untuk aku..

Saturday, June 3

pejamkan mata

sebermula maka dipaksa diam
dengar, patuh dan terpaku tunduk 
selesakan di bawah,sujudnya rujuk telunjuk 
tenagamu kencanaku (emas) katanya fitrah (tabii / kebiasaan) gawai (pegawai)
kedanamu (kekurangan / miskin ) ketawaku dekahnya hingga sawai (kerasukan / menurun) 
berontak, dongak, lembayung ku ternampakkan 
si hering menyorak, ngoyak awan, canggung (kekok) dan berantakan (x teratur)
dah diragut total, cinta resiprokal (saling berbalas) 
bila dipersoal kekal equivokal (sangsi / x jelas)
katanya tanggal tali leher itu 
cukuplah seharian digembala 
lupuskan logarithma (angka yg digandakan) yang menghantui kepala 
dalam tafakur (merenung memikirkan), akur, sadur mimpi yang dikabur   
karektor kartun kantor (pejabat) dan karikatur diktator (pemerintah zalim) 
dikabur takbur (angkuh) shabab (pemuda) yang bermusim 
tak punya tempat di benak jiwaku jemaah mereka bermukim 
al-malik (maha memiliki), al-kudus (maha suci), as-salam, al-mukmin (pemberi keamanan) 
ubat gementar senja suara ngekor roh ke kasur (tilam) 
masyghul (sedih / murung) , runsing… jah 

pejamkan mata mata yang lesu itu 
dan mimpikan yang indah mimpikan aku 
biarkan gelita menghapus derita pejamkanlah matamu 

aku terdengar suara itu lagi 
dari tenggara namaku diseru 
disuruh hembusnya lilin di setiap empat penjuru 
katanya mata penamu tak mencoret solusi (penyelesaian) 
kata magismu takkan mampu cetus revolusi (perubahan) 
manusia kan sentiasa menyakiti 
yang tak membunuh buatmu kebal sehari lagi 
masa untuk koktel 
Lorazepam (ubat kemurungan), Ambien (ubat insomia), Risperdal (ubat skizofrenia)
semoga afdal (lebih baik) bertemu di astral (bintang)
selamat tiba kita ke republik (negara-pemerintah-dipilih rakyat) cinta 
lagenda dimensi ruang dan waktu tak bersempadan 
halaman terbentang suci, dicuci noda dan nista 
terhapus dogma (ajaran) dan stigma (keaiban) , kepincangan dan kehilangan 
arasy yang tiada penghuni mengugut buli 
tak perlukan runut bunyi, sembunyi, bersunyi sakan 
di hati dan pituitari (kelenjar endokrin utama) menarinya tanpa bumi 
menyanyinya tanpa bunyi, keghaibannya kita raikan 

hakikatnya nirvana di sana di sini masih lagi samsara (kelahiran semula) 
cuba tak diperhambanya dunya (dunia) 
sukar tapi aku cuba 
sukar tapi aku cuba ya

kembalikan senyuman serimu yang dulu 
kembali ke dakapan ku perlindunganmu 
walaupun gerhananya seakan tak berakhir 
selagi ku di sisi tak usah khuatir

~~~~~~~~~~ ##### ~~~~~~~~~~~

tinggi bahasa lagu ni.. macam biasa.. lagu2 malique biasanya akan berkait dengan kehidupan semasa.. bagi aku lagu ni menggambarkan masyarakat hari ni yang mengejar kemewahan.. ditindas.. menindas.. tekanan.. dan juga pentingnya punya pegangan dan kepercayaan kepada pencinta, iaitu Allah yang Esa..

selain bahasa yang tinggi.. ada jugak penggunaan istilah2 sains dan juga penggunaan bahasa asing.. macam bahasa indonesia dan juga bahasa arab.. cewah.. macam belajar komsas la pulak.. malique pon bukan calang2 orang.. walaupun aku x pasti tahap pendidikannya sampai mana,, dr cerita sir ibrahim.. malique mmg punya pemikiran tersendiri dan yakin dengan apa-apa keputusan yang dia ambik.. ok sir ibrahim bapak malique ni dulu cikgu english aku masa kat muar..

kalau korang cari2 balik.. lagu2 too phat dulu pon mostly semua ade mesej. ape2 pon.. i really love this song.. go malique go... go dayang go... by the way.. name sebenar die bukan malique pon.. sedap name die.. tapi mengikut kata sir.. malique kate nama betul die macam budak baik sangat.. hehe.. tapi aku rase biase je pon name die tu.. ape2 la.. hehe..