PAUSE HERE

Monday, December 7

hidup dalam mati..

lakaran lukisan x berwajah..
merontaku di dalam kesunyian..
x rela ku mengejar.. cinta yg hampir kelam..
sendiri ku di sini.. pilu..

tiada manusia dalam kehidupan ni yang mampu meramal masa depan.. bahagiakah kita.. terlukakah kita.. tiada siapa yang boleh tentukan melainkan Dia yang Esa.. namun setiap detik kehidupan mungkin akan berbeza jika kita pandai menilai dan sentiasa positif.. positif dari segi pemikiran.. perbuatan.. dan perhubungan.. walau macam mana pun.. kita masih x punya kuasa untuk memaksa orang berubah mengikut keinginan kita..

sama macam hati.. kita takkan pernah mampu untuk memaksa orang supaya suka kita.. sebagaimana kita suka dia.. berbaloikah kita kalau terus-terusan mengejar cinta yang terang-terang semakin menjauhi kita? terus berharap pada insan yang dah tak hargai kehadiran kita dalam hidupnya.. untuk apa kita terus menanti? penantian sebegini biasanya pasti berakhir dengan kelukaan hati..

angin bawalah aku pergi..
pergi dari kesakitan ini..
x mampu ku menahan.. peritnya perpisahan..
Tuhan hapuskan semua kenangan..

kenangan lalu bukan mudah untuk kita usir pergi.. kesakitan itu pasti akan meninggalkan parut di hati.. hanya pada-Nya kita memohon agar terus ditabahkan hati dalam mengharungi hari-hari mendatang.. 

x ku menduga kau berlalu pergi
tinggalkan semua mimpi dan janji
terluka aku menangis
tersedar kau hilang di hati

kau hadir tanpa diduga.. keperihatinan n kesungguhanmu akhirnya membuka hati.. kebahagiaan hanya seketika bertamu di hati.. betul kata orang.. jarak pemisah musuh paling ditakuti.. akhirnya kau berubah hati.. tinggalkan semua tanpa sebarang kata.. kecewa? menangis? walau apa terjadi.. hidup ini perlu terus  aku terokai.. 

jangan diucap sesal mu berkali
tiada erti hidup ini
ku terima suratan takdir
biarkan aku sendiri hidup dalam mati

bukan mudah kau kubuang dari hati.. bukan mudah ku padam semua memori.. untuk apa kau muncul kembali? untuk tambah sakit di hati? suratan ni telah aku terima.. sudah ku padam terus perhubungan ini.. anggap saja perkenalan kita x pernah terjadi.. maaf.. aku x mahu kau mucul lagi dalam kamus hidup ini mahupun di dalam mimpi..


No comments:

Post a Comment