Dalam kalangan orang Melayu kita.. mandi bunga ni biasanya dikaitkan dengan persepsi sebagai satu usaha agar mudah bertemu jodoh.. kalau dulu kat kampung biasanya yang uruskan mandi2 bunga ni ialah golongan orang tua2 or orang yang yang arif tentang agama.. tapi ade je jugak yang menjalani ritual mandi bunga ni dengan pawang atau sebagainya.. Sis pernah terbaca jugak.. mandi bunga ni harus dalam Islam.. asalkan tidak melanggar atau bertengtangan dengan syariat mahupun hukum syarak.
Sebenarnya, mandi bunga ni bukan lah bertujuan untuk menarik jodoh saje... mandi bunga ni sebenarnya untuk mewangikan dan menyegarkan badan.. menaikkan seri wajah dan mencantikkan kulit.. sebab.. katanya dengan mandi bunga ni.. diharapkan khasiat bunga yang digunakan tu dapat diserap ke dalam badan.. sebab tu la seeloknya.. air mandian bersama bunga2 tu direndam semalaman sebelum digunan.
Sekarang ni dah banyak spa yang menawarkan pakej mandi bunga ni.. orang kata bak cendawan tumbuh selepas hujan la.. tapi tu la.. antara sempat atau tidak or mampu atau tidak atau pun mahu atau tidak je.. sis pon x pernah la g mandi2 bunga ni kat mana2 spa.. hehe.. tunggu la kot abam jo muncul nanti.. boleh la sis berjinak2 p memanjakan diri kat spa.. kalau ade.. eh..
Tambah lagi.. kat internet pun berlambak orang share info if kita rajin nak mandi bunga sendiri kat rumah.. info tentang bahan2 atau bunga2 yang biasanya digunakan.. termasuklah dari cara-cara penyediaan hingga la penutupan ritual mandi bunga ni.. kalau x rajin sangat.. kome boleh je lalu lalang kat shopee.. ramai je yang dah menjual ramuan mandi bunga ni dalam pelbagai bentuk.. boleh la try mane yang kome rasa sesuai dengan jiwa kome ye..
Tapi apa2 pun semuanya bergantung kepada niat dan keyakinan kita.. untuk apa kita lakukan semua ni.. ingat ye.. ni sebagai usaha sahaja... jangan terpesong dr segi akidah dan hukum syarak ye.. Meh sis share satu kisah.. pengalaman sis.. dulu masa lepas degree suatu ketika di zaman muda remaja dulu.. mami ade mintak tolong tok mengaji kat kg sediakan bahan mandi bunga ni untuk sis.. mmg guna cara tradisi tu la.. mami mintak senyap2 masa balik kg.. dok pakat ngan mak menakan la ni... balik kl baru tau.. lepas mami nak jirus pakai air bunga2 tu..
Kononnya moden sangat n orang Key Ell katanya kan.. memang la sis layan kan je permintaan mami tu.. tapi.. lepas kali terakhir mandian tu.. kiranya kali ketiga.. tetiba jiwa muda sis leh cakap cam ni pulak kat mami... "Mama ni suka tau percaya benda2 tahyul ni.." oppss.. nampak.. tiada keyakinan langsung sis ngan amalan tu.. "Ish apa pulak... kita ikhtiar.. lagi pon ni tok .. yang buat.. bukan mama mintak kat bomoh pon.. kakak ni.." dan lepas tu.. mami tak penah sebut2 dah pasal tu..
Dan lately tetiba sis terasa nak mandi bunga... tapi malas pulak nak p spa bagai... lagi pun kalau area ampang ni rasanya pakej2 mandi bunga ni harga leh tahan kayangan la jugak.. nak tunggu balik kampung.. tak tau la bila pulak boleh balik.. nak tunggu abam jo taja?? entah jangan kan bayang.. bau pon xde.. haha.. adakah sis terlalu memilih?? haha.. ingat sis heliza helmi nak pilih2 orang??
Semalam ade member tanya sis.. sis suka orang yang macam mana.. entah la.. dalam umur2 macam ni rasa macam dah tasteless pulak.. haha.. tengok ramai kawan2 yang dapat suami muda.. macam best.. yang sebaya pon macam ok.. yang kawen ngan bekas laki orang pon.. mcm happy je.. tapi ade je yang gagal jugak.. biasa la.. orang kata sedangkan lidah lagi tergigitkan..
Sis akan sentiasa ingat pesan abah.. kalau x suka.. awal2 lagi jangan pernah bagi harapan kat orang.. dan sis akan ingat jugak someone penah pesan kat sis.. jangan terlalu mengharap atau mengimpikan kita akan dapat macam yang orang lain dapat atau yang terpapar indah macam dalam novel atau drama.. belajar ikhlaskan hati untuk terima seadanya.. sebab kalau terlalu mengharap.. dan akhirnya kita x dapat apa yang diimpikan tu.. hati sendiri akan sakit dan kecewa..
Haa... gitew... so untuk menjaga hati sendiri... sis menjadi semakin hilang rasa..
No comments:
Post a Comment