Tanpa disedari.. kini kita kembali menghitung detik melangkah ke tahun baharu... 2022.. tanpa sedar jugak.. kita turut menghitung pertambahan usia setahun lagi.. pertambahan usia yang masih mengunci kita di fasa kehidupan yang sama... sedang kalau diperhati sekeliling.. kawan2.. sedara mara.. sepupu sepapat.. malahan anak2 murid.. ramai yang telah melangkah ke fasa kehidupan yang baharu.. dan aku... masih teguh terkunci di fasa ini... sedih? malu? marah? relax? entah.. kadang aku pun tak pasti sama ada aku punya emosi atau betul telahan rakan2 yang aku mmg dilahirkan tanpa emosi...
Jauh di sudut hati sejujurnya... aku memang terkesan dengan semua perubahan yang berlaku di sekeliling aku.. mungkin juga pertambahan usia membuatkan aku cuba untuk sentiasa kelihatan tenang dan matang secara luarannya.. namun.. sejujurnya aku tak kuat dan tak pernah kuat seperti tanggapan orang terhadap aku.. jika aku diam... jika aku menjauhkan diri dari semua orang.. tika itu bermakna hati aku sedang menangis... tika itu aku sedang memujuk hati sendiri agar terus kuat.. walau lately aku rasakan aku perlukan lebih masa kadang berhari untuk cuba memujuk hati sendiri.. mungkin faktor usia membuatkan hati ini tak seteguh yang dulu lagi.. kini hati ini cepat tersentap.. hati ini mudah menangis.. kian mudah terhiris..
Kalau dulu... aku rasakan aku sudah cukup kuat mendepani kehidupan ini.. aku bisa mandiri... aku hampir mampu dapatkan apa2 yang aku inginkan dengan hasil keringat aku sendiri.. aku mama abah yang sentiasa mendampingi aku.. aku punya adik2 yang boleh payung jika aku perlukan.. aku masih punya kawan2 dalam liga yang sama yang sentiasa ada bersama-sama aku.. tapi... itu semua dulu... dulu sebelum kita dilanda pandemik covid-19 yang seakan tiada penghujungnya..
Selepas melalui pelbagai fasa kawalan pergerakan.. aku rasakan seakan dunia berubah hampir 360 darjah.. bukan setakat perubahan fizikal.. termasuklah perubahan jiwa.. perubahan sosial.. kadang aku rasa semua orang semakin menjauh dari aku.. kawan2 yang tiba2 ramai berubah status ke fasa baharu semakin menjauhi aku.. ya bukan salah mereka.. kini mereka punya tanggungjawab yang lebih utama.. perubahan-perubahan ini ku rasakan semakin tambah memudarkan kecekalan hati aku.. baru kini aku rasakan yang aku memang kesorangan.. sorang2 tanpa insan yang betul2 boleh aku berpaut..
Bila semua perkara tersandar di bahu aku... semua perkara terpaksa aku fikirkan kan.. aku selesaikan... tika insan2 yang rapat dengan aku satu masa dulu yang kian menjauh akibat punya tanggungjawab baharu... aku rasa aku sudah tak cukup kuat.. tapi aku perlu kuat untuk mama abah yang kian menyusut kesihatannya.. aku perlu kuat untuk aku mandiri.. namun.. segala kelemahan dan kekurangan diri.. aku semakin hilang erti kekuatan... kenapa aku?? kenapa bukan aku?? aku rasakan aku sudah sampai tahap yang orang tak pernah lagi soal di mana.. bila.. dan siapa jodohku.. adakah aku sudah hilang kelayakan itu??
ehh.. ter emosi pule... tapi seriously aku memang perlukan kekuatan itu... or adakah aku perlu mandi bunga bagi menyambut tahun baharu yang ku harapkan ada pelangi yang bisa menceriakan hidup aku.. ok bye..
No comments:
Post a Comment