KEMANUSIAAN.. aku rasa ni sifat yang semakin terhakis dalam kalangan generasi hari ni.. generasi hipster katanya.. hubungan yang perlu dijaga hanyalah hubungan antara mereka dan juga peranti cangguh mereka.. membutakan mata.. memekakkan telinga.. mengeraskan hati mereka daripada mengambil tahu makhluk hidup di sekitar mereka.. jangan kan haiwan dan tumbuhan.. malangnya sesama manusia pon mereka tidak endahkan... mungkin juga aku kadang kala bersikap demikian..
baru-baru ni negara dikejutkan dengan cerita2 yang membangkitkan isu-isu perkauman.. isu-isu amuk.. isu-isu pembunuhan kejam.. cuma alhadulillah setakat ni.. takde lagi aku bangun pagi-pagi ade peluru berpandu depan rumah.. ke manakah menghilangnya Malaysia yang dulu.. yang saling menghormati.. sejujurnya aku masih x yakin dengan pemerintahan ini.. saling menunding jari.. kerap menyalahkan pemerintahan terdahulu.. hari ni kata ini.. esok kata itu.. entah lah..
bercakap pasal nilai kemanusiaan.. sebenarnya aku just nak cerita perihal jiran aku.. UNCLE.. dah beberapa tahun aku tgk uncle duduk sorang2.. kalau dulu ada adik dia yang duduk di belakang rumah dia.. n ade anak buah yang selalu datang kat rumah uncle.. tapi lepas adik uncle meninggal.. anak buah die pon aku x pernah tengok.. aku ingat uncle memang x pernah kahwin.. rupanya dah.. isteri dan anak uncle katanya tinggal kat luar negara..
sejak kebelakangan ni aku tgk tahap kesihatan uncle macam makin merosot.. sampai la hari ni.. aku tgk uncle asyik keluar masuk kereta je.. tapi x bergerak2 pon kereta tu.. cuma petang tadi masa aku sapu daun2 kering.. uncle melintas depan rumah dengan langkah yang longlai.. nafas pun macam tersekat2..
"kakak.. sy sakit" lepas tu uncle terus menekan loceng rumah anak cina yang selalu berborak dengan dia.. tapi xde respon.. aku rasa diorang xde kat rumah.. maybe g menyambut krismas kat mana2 kot..
lepas isyak tadi.. aku keluar p cari bobit.. sekali lagi aku perasan.. setiap kali pintu gate kami bukak.. uncle akan keluar.. sama juga macam tadi.. dia keluar masuk kereta.. tapi x gerak2.. hati aku mula x sedap.. aku panggil mimi.. pastu kitorang tanya la.. uncle nak ke klinik ke? dia kate nak ke hukm.. dada die sesak.. dan da mmg selalu p checkup kat sana.. hukm.. aku nak drive malam2 ke sana mmg tak la.. so aku suh mimi panggil dedi..
alhamdulillah mood dedi pon ok malam ni.. so kitorang bertiga pon hantar la uncle ke hukm.. dalam kereta uncle cuba jugak tuk bersembang walaupun nafas nya tersekat2.. uncle suruh hantar dia terus ke unit kecemasan.. sampai betul2 di depan pintu kecemasan.. semua mata melorat ke arah kami.. pelik ke orang melayu bawak org cina ke hospital... uncle suruh tinggalkan je dia kat situ.. dia akan tunggu ward dan akan call adik dia.. tp aku tgk la jugak uncle sampai die duduk kat nurse tu.. x sampai hati nak tinggal gitu je.. masa turun kereta tadi pon die dah mcm nak tumbang..
harap2 uncle ok la.. along pon kata nak call tanya keadaan uncle.. moga2 urusan uncle dipermudahkan..
No comments:
Post a Comment