Sunday, May 7

#kenangan

kenangan bersamamu kasih.. seumpama mimpi di dalam mimpi..
terasa engkau di sisi..menemaniku saban hari..
pabila ku pejamkan mata.. akan terasa hangat nya asmara..
walaupun sekian lama.. telah terpadam cinta kita...

penat asyik dok terjaga jodoh orang.. tu ungkapan yang selalu orang dok sebut2 la ni.. dah berhabis masa ngan emosi.. tup2 rupanya dia kawen ngan orang lain.. someone tu lebih elok la.. lebih berpendidikan la.. lebih stabil dari segi ekonomi la.. pilihan mak abah la.. macam2 alasan boleh bagi kalau mmg hati dah beralih arah kan.. ade orang penah ckp dulu.. walau satu dunia pon orang dok bercakap.. at the end kita akan tetap ikut kata hati kita.. sebab kita la yang akhirnya akan buat keputusan tuk diri sendiri.. so x payah nak tunding jari menyalahkan orang lain..

luka yang tak terasa.. mengalir darah yg tak bewarna..
bagai jeritan tanpa.. suara..
tangisan dalam ketawa.. sedu sedan menjadi syair cinta..
terasa ingin ku sentuh.. bayangan mu..
walau hanya seketika cuma.. agar hilang rindu dan dahaga..
agar pulih semangat kasih dan mesra.. seperti baru.. kenal cinta..

sakit.. pedih.. perit.. tengok dia berlalu pergi kat orang lain.. walau apa alasan sekali pon.. siapa kita nak menghalang.. itu pilihan hati dia.. apa guna kita nak paksa kalau hati dia dah pergi entah ke mana.. bukan ke lagi senang nak pujuk hati sendiri daripada nak memujuk hati orang lain.. move on.. dalam dunia ni.. kalau kita tak move on.. kita yang rugi.. buat apa nak tangisi orang yang dah bahagia atas kesedihan kita.. takkan kita nak mendoakan ketidakbahagiaan dia.. kalau kita mendoakan ketidakbahagiaan orang.. kebahagiaan jugak semakin jauh dari kita.. terima lah hakikat.. dia bukan untuk kita.. 

kenangan bersama mu kasih.. membakar gedung fikiran ku ini..
terasa hidup ku ini.. umpama mimpi dalam mimpi..

selama mana kita mampu nak hidup dalam kenangan.. cuba bangun.. cuba pandang kehadapan.. mungkin ada sesuatu yang lebih baik untuk kita.. orang selalu kata.. apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.. lepas kan lah.. lepas kan kenangan tu pergi.. 

No comments:

Post a Comment