PAUSE HERE

Tuesday, December 3

Masih Mencintainya..

jika teringat tentang diri mu.. berlinang air mata ku..
ku rindu saat-saat bersamamu.. kasih sayang mu pada ku..
kini kau bukan milik ku.. dan berakhir sudah cinta ku..
biarkan saja hati ku bicara.. ku masih sayang pada mu..

sama macam gambar.. setiap lagu juga punya cerita.. cerita mereka.. cerita dia.. cerita aku.. cerita kau.. cerita kita.. walau mereka kata itu cerita kita.. namun cerita kau.. cerita aku.. mungkin berbeza.. kalau dulu kau ku harapkan milik ku.. namun kini semua nyata berbeza kerana kau memilih dia dan kini milik mereka.. dan aku.. masih di sini.. masih menyanyikan lagu kita.. lagu yang kini tidak membawa apa-apa makna..

aku selalu mendoakan mu.. agar kau bahagia..
bersama dirinya.. selamanya..

jujurnya dulu aku tak pernah mendoakan kebahagiaan kau.. mengapa kau perlu gembira sedangkan aku terluka.. wajarkah begitu? saban hari aku harapkan kebahagiaan tidak bersama kau.. tidak bersama dia.. kejamkan aku.. namun kini.. usia semakin mematangkan aku.. dunia sekeliling menyedarkan aku.. kau sudah memilih dia.. kau juga sudah punyai mereka.. dan semakin aku mendoakan kau tidak bahagia.. semakin aku rasakan bahagia juga menjauhi aku.. 

mengapa mudahnya hati mu mendua.. 
ku lapangkan dada walau aku terluka..
semoga bahagia bersama dirinya..
karena kau telah memilih dia..

betul kata orang.. setiap yang berlaku Dia punya percaturan yang telah direncanakan.. setelah kau memilih dia.. baru aku dapat lihat.. kau dan aku punya banyak perkara yang berbeza.. dan kini apa yang pasti aku harap kau dan dia serta mereka bahagia bersama.. dulu mungkin aku pernah terluka kerananya namun kini aku bersyukur kita tak bersama..

betapa sakitnya apa yang ku rasa..
Tuhan kuatkanlah hati ku yang terluka..
semoga ku bisa tuk melupakannya..
karena ku masih mencintainya..

aku telah cuba melupakan kau.. melupakan cerita kita.. dan yang pasti aku kini hampir berjaya.. jadi.. aku harap usah kau muncul lagi dalam cerita hidup ku.. aku rasa tak perlu lagi ada sebarang cerita antara kita.. walau hanya sekadar kenalan lama.. fitrah manusia perlu mengambil masa untuk lupakan kisah lama.. 

namun kini kau bukan milik ku.. dan berakhir sudah cinta ku..
biarkan saja hati ku bicara.. ku masih sayang pada mu..
aku selalu mendoakan mu.. agar kau bahagia..
bersama dirinya.. selamanya..



kini aku percaya.. setiap yang berlaku punya hikmah disebaliknya.. kau dan aku dua cerita yang kini semakin jauh berbeza.. semua hakikat aku terima kini dengan redha.. pernah dengar coretan berkata... 

" giving up doesn't always mean u r weak..
sometimes.. it means that u r strong enough 2 let go "


No comments:

Post a Comment