PAUSE HERE

Sunday, January 17

Kisah hidup mereka...

 MCO DAY 5..

sekolah masih berbaki beberapa hari je lagi.. walaupun hanya melibatkan murid spm 2020 di tahun 2021 ni.. dengan penularan pandemik covid-19 yang masih tak menunjukkan tanda2 akan berlalu pergi ni.. semua orang perlu sedar dan perlu ada kesedaran dalam diri.. dalam usaha untuk bersama-sama menangani pandemik ni dan usaha untuk melancarkan kelangsungan hidup.

ok.. haha bukan nak cakap pasal tu pun.. sebenarnya nak cakap pasal siaran ulangan istimewa lejen ni. baru-baru ni pon one of my ex student ade upload status berkaitan kes along spoon.. lepas tu td pengacara ade sebut pasal vokalis kumpulan massa atau scarecrow yang meninggal di usia yang agak muda la bagi aku.. 32 tahun.. so aku pon dengan terujanya google la punca kematian zul scarecrow ni..


Zulkifli Mat Amin

Arwah Zulkifli Mat Amin atau Zul merupakan vokalis kumpulan Masa Scarecrow yang terkenal dengan lagu 'Patahnya Sayap Malam'. Arwahyarham mengasah bakat seninya ketika belajar dan menetap di asrama Sek. Men. Alor Akar Kuantan. 

Arwahyarham meninggal dunia pada 16 Julai 1996 pada usia 32 tahun akibat koma hampir 2 minggu di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan selepas dibelasah sekumpulan lelaki yang tidak dikenali di tempat letak kereta sebuah hotel di Balok tanpa belas kasihan. Arwah mengalami kecederaan teruk di muka dan usus akibat insiden itu dan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan sepanjang menjalani rawatan rapi di hospital berkenaan. 

Mungkin ramai yang mengetahui punca arwah dibelasah. Sebenarnya arwah Zul telah dianiaya oleh rakannya sendiri. Mungkin kerana iri hati terhadap arwah. Sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah buat mereka yang telah pergi.
Cerita yang lebih detail di sini

 lebih kurang kisahnya dengan along spoon.. berkait dengan perempuan..


Sabi'ul Malik Shafiee @ Along Spoon

Arwahyarham terkenal dengan kelunakan suaranya ketika menjadi vokalis kumpulan Spoon. Lagu Rindu Serindu Rindunya adalah antara lagu paling famous Spoon di zaman Rock leleh suatu ketika dulu.

Arwah Along Spoon dibunuh di tempat lain sebelum diikat ke dalam guni dan ditinggalkan di Km 28 Jalan Kuala Klawang- Genting Peras Jelebu. Polis menjumpai rangka mayat Along Spoon pada 6 Januari 2000 berhampiran gaung. Seingat gua, insiden itu berlaku dalam bulan puasa ketika umat sedang sibuk bersedia untuk menyambut hari lebaran dan usia arwah Along ketika itu 19 tahun.

Seorang anggota polis berpangkat L/Koperal, Mohamed Ya'cob Demyati dari cawangan pengawal pengiring IPPKKL telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah tinggi atas tuduhan membunuh arwahyarham Along Spoon.
nak cerita detail boleh baca kat sini 

walau ape pon kisahnya... ceritanya.. isunya.. harap sesiapa pun bertindaklah dengan batas agama.. dengan kewarasan akal fikiran.. sebab bab2 berkaitan dengan nyawa ni mmg takkan boleh diputar semula.. 


No comments:

Post a Comment