PAUSE HERE

Friday, October 18

S A H A B A T...


20 tahun lepas kami tinggalkan Bukit Nasah.. tempat kami sama-sama membesar.. sama-sama memulakan kehidupan awal remaja yang jauh dari keluarga masing-masing.. mengimbau kenangan lebih 20 tahun dulu.. kadang-kadang dirasakan macam baru semalam saja memori tu berlaku...

sama macam anak-anak muda yang lain.. kami juga kadang kala nakal.. mengusik guru-guru.. mengejek rakan-rakan... bergaduh kemudian berdamai.. keesokan harinya bergaduh lagi kemudian berdamai semula... dimarahi.. ditegur... didenda... bila dikenang kembali semua tu... rasa terbit kerinduan pada teman-teman yang telah lama putus hubungan.. masih ingatkah mereka pada memori tu... memori kita di Bukit Nasah..


alhamdulillah.. walaupun semua sudah punya kerjaya.. sudah punya keluarga.. kami masih mampu bergelak ketawa seperti dulu... walau telah matang sejajar dengan usia.. namun kegilaan zaman awal remaja kadang kala terbit jua..

terima kasih Bukit Nasah yang mengajar kami erti berdikari.. memberi peluang kepada kami menimba ilmu dalam suasana yang sangat tenang dan mendamaikan serta ditemani keindahan alam semula jadi... 


terima kasih cikgu-cikgu mengajar dan mendidik kami.. terima kasih kerana tak jemu-jemu menegur dan menasihati kami.. jasa cikgu-cikgu akan kami kenang hingga ke akhirnya... 


kepada kawan-kawan.. terima kasih atas persahabatan ni.. dan moga persahabatan ini akan terus berkekalan hingga ke akhirnya.... sayang korang...

#jubliperakmrsmgerik   #5iverthelegendarybatch
#morethan20yearsoffriendshipandstillcounting

No comments:

Post a Comment