Thursday, April 3

Renungkanlah...

Kebetulan atau telah disuratkan..
Manusia sering terleka dan kealpaan..
Ada mata memandang setiap perlakuan..
Mereka juga bercerita tanpa batasan..
Untuk menidakkan tiada pula kekuatan..
Kerana hakikatnya terselit juga kebenaran..

Manusia..
Belum peroleh apa dicita..
Semuanya nampak sempurna di mata..
Nenda dilayan umpama raja..
Tanpa keluhan kalian gigih berjasa..

Tetapi..
Setelah bulan jatuh ke riba..
Pucuk dicita ulam pula habuaannya..
Kian terbongkar kini segala sandiwara..
Nenda bersedih hatinya lara..

Renung-renungkanlah..
Tubuh Nenda kini sudah tiada bermaya..
Impi bersemanyam di singgahsananya..
Tempat tersimpan rapi kisah hidupnya..
Untuk mewarnai kembali hari-harinya..

Bersabarlah..
Entah bila kan tiba masanya..
Ku pasti tidak terlalu lama..
Lupakah kalian segala pengorbanannya..
Sehingga dilayan sedemikian rupa..
Cuma seperkara ingin ku tanya..
Bukankah syurga di telapak kakinya?




No comments:

Post a Comment