PAUSE HERE

Wednesday, January 19

A Shoulder 2 Cry On...

     Kadang kita rasa sangat kuat untuk go through semua perkara... tapi lama kelamaan kita akan sampai di satu titik yang buat kita rasa.. no i cant handle it anymore... alone... masa tu kita sangat perlukan someone untuk kita luahkan something.. someone yang boleh dengar cerita kita... someone yang at least boleh buka kan mata n hati kita untuk nampak n nilai sisi2 positif yang kita terlepas pandang..

    dah nama pun manusia... kita akan selalu rasa yang kita betul.. atau mungkin kita sedar kesalahan kita.. tapi ego membuatkan kita jadi keras hati.. sabar?.. kesabaran seseorang tu ada batas nya.. ada tahap yang berbeza.. jujurnya... aku adalah orang yang mempunyai tahap kesabaran yang sangat rendah.. jadi untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan atau menyakitkan hati sendiri.. aku biasanya cenderung untuk memilih berdiam diri.. ignore semua yang boleh menyakitkan hati...

    berkongsi cerita dalam gelak ketawa.. cuba pusing kan situasi menjadi lebih santai dan berunsur kecindan... namun biasanya di penghujung pasti tewas.. sakit di hati kadang sukar kita selindung dek air mata yang gugur tanpa kita sedari.. hati memang sukar dibohongi walau senyuman sentiasa cuba kita ukirkan.. "sabarlah wani.. kadang keindahan yang kita pandang dengan mata kasar.. tak sama dengan hakikat sebenar.. kuatkan hati.. insyaallah semua akan ok semula nanti.." terima kasih kawan.. sebab sudi pinjam kan telinga.. moga kelembutan hati seorang teman mampu menyejukkan hati ini..

mendengar namamu bagai memikul beban..
mendidihlah kemarahan yang terpendam..
itu belum lagi.. kita berdepan..
lebih elok jika dibiarkan.. kemarahanku reda sendiri..
usah ditambah bara yang tersimpan..

walau berbagai rencana engkau lakukan..
sedikit pun tidak melembutkan hati..
malah makin tebal kebencianku.. 
serta marahku tiada berkesudahan..
biarlah aku tanggung sendiri.. 
segala dosa kerana membencimu..


Tuesday, January 4

MANDI BUNGA...

 


    Dalam kalangan orang Melayu kita.. mandi bunga ni biasanya dikaitkan dengan persepsi sebagai satu usaha agar mudah bertemu jodoh.. kalau dulu kat kampung biasanya yang uruskan mandi2 bunga ni ialah golongan orang tua2 or orang yang yang arif tentang agama.. tapi ade je jugak yang menjalani ritual mandi bunga ni dengan pawang atau sebagainya.. Sis pernah terbaca jugak.. mandi bunga ni harus dalam Islam.. asalkan tidak melanggar atau bertengtangan dengan syariat mahupun hukum syarak.

    Sebenarnya, mandi bunga ni bukan lah bertujuan untuk menarik jodoh saje... mandi bunga ni sebenarnya untuk mewangikan dan menyegarkan badan.. menaikkan seri wajah dan mencantikkan kulit.. sebab.. katanya dengan mandi bunga ni.. diharapkan khasiat bunga yang digunakan tu dapat diserap ke dalam badan.. sebab tu la seeloknya.. air mandian bersama bunga2 tu direndam semalaman sebelum digunan.

    Sekarang ni dah banyak spa yang menawarkan pakej mandi bunga ni.. orang kata bak cendawan tumbuh selepas hujan la.. tapi tu la.. antara sempat atau tidak or mampu atau tidak atau pun mahu atau tidak je.. sis pon x pernah la g mandi2 bunga ni kat mana2 spa.. hehe.. tunggu la kot abam jo muncul nanti.. boleh la sis berjinak2 p memanjakan diri kat spa.. kalau ade.. eh..

    Tambah lagi.. kat internet pun berlambak orang share info if kita rajin nak mandi bunga sendiri kat rumah.. info tentang bahan2 atau bunga2 yang biasanya digunakan.. termasuklah dari cara-cara penyediaan hingga la penutupan ritual mandi bunga ni.. kalau x rajin sangat.. kome boleh je lalu lalang kat shopee.. ramai je yang dah menjual ramuan mandi bunga ni dalam pelbagai bentuk.. boleh la try mane yang kome rasa sesuai dengan jiwa kome ye..

    Tapi apa2 pun semuanya bergantung kepada niat dan keyakinan kita.. untuk apa kita lakukan semua ni.. ingat ye.. ni sebagai usaha sahaja... jangan terpesong dr segi akidah dan hukum syarak ye.. Meh sis share satu kisah.. pengalaman sis.. dulu masa lepas degree suatu ketika di zaman muda remaja dulu.. mami ade mintak tolong tok mengaji kat kg sediakan bahan mandi bunga ni untuk sis.. mmg guna cara tradisi tu la.. mami mintak senyap2 masa balik kg.. dok pakat ngan mak menakan la  ni... balik kl baru tau.. lepas mami nak jirus pakai air bunga2 tu..

    Kononnya moden sangat n orang Key Ell katanya kan.. memang la sis layan kan je permintaan mami tu.. tapi.. lepas kali terakhir mandian tu.. kiranya kali ketiga.. tetiba jiwa muda sis leh cakap cam ni pulak kat mami... "Mama ni suka tau percaya benda2 tahyul ni.." oppss.. nampak.. tiada keyakinan langsung sis ngan amalan tu.. "Ish apa pulak... kita ikhtiar.. lagi pon ni tok .. yang buat.. bukan mama mintak kat bomoh pon.. kakak ni.." dan lepas tu.. mami tak penah sebut2 dah pasal tu..

    Dan lately tetiba sis terasa nak mandi bunga... tapi malas pulak nak p spa bagai... lagi pun kalau area ampang ni rasanya pakej2 mandi bunga ni harga leh tahan kayangan la jugak.. nak tunggu balik kampung.. tak tau la bila pulak boleh balik.. nak tunggu abam jo taja?? entah jangan kan bayang.. bau pon xde.. haha.. adakah sis terlalu memilih?? haha.. ingat sis heliza helmi nak pilih2 orang?? 

    Semalam ade member tanya sis.. sis suka orang yang macam mana.. entah la.. dalam umur2 macam ni rasa macam dah tasteless pulak.. haha.. tengok ramai kawan2 yang dapat suami muda.. macam best.. yang sebaya pon macam ok.. yang kawen ngan bekas laki orang pon.. mcm happy je.. tapi ade je yang gagal jugak.. biasa la.. orang kata sedangkan lidah lagi tergigitkan.. 

    Sis akan sentiasa ingat pesan abah.. kalau x suka.. awal2 lagi jangan pernah bagi harapan kat orang.. dan sis akan ingat jugak someone penah pesan kat sis.. jangan terlalu mengharap atau mengimpikan kita akan dapat macam yang orang lain dapat atau yang terpapar indah macam dalam novel atau drama.. belajar ikhlaskan hati untuk terima seadanya.. sebab kalau terlalu mengharap.. dan akhirnya kita x dapat apa yang diimpikan tu.. hati sendiri akan sakit dan kecewa..

    Haa... gitew... so untuk menjaga hati sendiri... sis menjadi semakin hilang rasa.. 



Wednesday, December 29

K e k u a t a n . . .

    Tanpa disedari.. kini kita kembali menghitung detik melangkah ke tahun baharu... 2022.. tanpa sedar jugak.. kita turut menghitung pertambahan usia setahun lagi.. pertambahan usia yang masih mengunci kita di fasa kehidupan yang sama... sedang kalau diperhati sekeliling.. kawan2.. sedara mara.. sepupu sepapat.. malahan anak2 murid.. ramai yang telah melangkah ke fasa kehidupan yang baharu.. dan aku... masih teguh terkunci di fasa ini... sedih? malu? marah? relax? entah.. kadang aku pun tak pasti sama ada aku punya emosi atau betul telahan rakan2 yang aku mmg dilahirkan tanpa emosi...

    Jauh di sudut hati sejujurnya... aku memang terkesan dengan semua perubahan yang berlaku di sekeliling aku.. mungkin juga pertambahan usia membuatkan aku cuba untuk sentiasa kelihatan tenang dan matang secara luarannya.. namun.. sejujurnya aku tak kuat dan tak pernah kuat seperti tanggapan orang terhadap aku.. jika aku diam... jika aku menjauhkan diri dari semua orang.. tika itu bermakna hati aku sedang menangis... tika itu aku sedang memujuk hati sendiri agar terus kuat.. walau lately aku rasakan aku perlukan lebih masa kadang berhari untuk cuba memujuk hati sendiri.. mungkin faktor usia membuatkan hati ini tak seteguh yang dulu lagi.. kini hati ini cepat tersentap.. hati ini mudah menangis.. kian mudah terhiris..

    Kalau dulu... aku rasakan aku sudah cukup kuat mendepani kehidupan ini.. aku bisa mandiri... aku hampir mampu dapatkan apa2 yang aku inginkan dengan hasil keringat aku sendiri.. aku mama abah yang sentiasa mendampingi aku.. aku punya adik2 yang boleh payung jika aku perlukan.. aku masih punya kawan2 dalam liga yang sama yang sentiasa ada bersama-sama aku.. tapi... itu semua dulu... dulu sebelum kita dilanda pandemik covid-19 yang seakan tiada penghujungnya..

    Selepas melalui pelbagai fasa kawalan pergerakan.. aku rasakan seakan dunia berubah hampir 360 darjah.. bukan setakat perubahan fizikal.. termasuklah perubahan jiwa.. perubahan sosial.. kadang aku rasa semua orang semakin menjauh dari aku.. kawan2 yang tiba2 ramai berubah status ke fasa baharu semakin menjauhi aku.. ya bukan salah mereka.. kini mereka punya tanggungjawab yang lebih utama.. perubahan-perubahan ini ku rasakan semakin tambah memudarkan kecekalan hati aku.. baru kini aku rasakan yang aku memang kesorangan.. sorang2 tanpa insan yang betul2 boleh aku berpaut..

    Bila semua perkara tersandar di bahu aku... semua perkara terpaksa aku fikirkan kan.. aku selesaikan... tika insan2 yang rapat dengan aku satu masa dulu yang kian menjauh akibat punya tanggungjawab baharu... aku rasa aku sudah tak cukup kuat.. tapi aku perlu kuat untuk mama abah yang kian menyusut kesihatannya.. aku perlu kuat untuk aku mandiri.. namun.. segala kelemahan dan kekurangan diri.. aku semakin hilang erti kekuatan... kenapa aku?? kenapa bukan aku?? aku rasakan aku sudah sampai tahap yang orang tak pernah lagi soal di mana.. bila.. dan siapa jodohku.. adakah aku sudah hilang kelayakan itu??

ehh.. ter emosi pule... tapi seriously aku memang perlukan kekuatan itu... or adakah aku perlu mandi bunga bagi menyambut tahun baharu yang ku harapkan ada pelangi yang bisa menceriakan hidup aku.. ok bye..





Friday, December 24

BILA NANTI...

 bila memang engkau tak lagi cinta..
lebih baik engkau katakan saja..
ku relakan bila kau ingin pergi..
meninggalkan luka di dalam hati..

cukup sudah kau lukai hati ku..
yang selalu tulus mencintai mu..
ku ikhlaskan semua yang terjadi..
ku akhiri cukup sampai di sini..