PAUSE HERE
Showing posts with label Dear Diary... Show all posts
Showing posts with label Dear Diary... Show all posts

Wednesday, January 19

A Shoulder 2 Cry On...

     Kadang kita rasa sangat kuat untuk go through semua perkara... tapi lama kelamaan kita akan sampai di satu titik yang buat kita rasa.. no i cant handle it anymore... alone... masa tu kita sangat perlukan someone untuk kita luahkan something.. someone yang boleh dengar cerita kita... someone yang at least boleh buka kan mata n hati kita untuk nampak n nilai sisi2 positif yang kita terlepas pandang..

    dah nama pun manusia... kita akan selalu rasa yang kita betul.. atau mungkin kita sedar kesalahan kita.. tapi ego membuatkan kita jadi keras hati.. sabar?.. kesabaran seseorang tu ada batas nya.. ada tahap yang berbeza.. jujurnya... aku adalah orang yang mempunyai tahap kesabaran yang sangat rendah.. jadi untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan atau menyakitkan hati sendiri.. aku biasanya cenderung untuk memilih berdiam diri.. ignore semua yang boleh menyakitkan hati...

    berkongsi cerita dalam gelak ketawa.. cuba pusing kan situasi menjadi lebih santai dan berunsur kecindan... namun biasanya di penghujung pasti tewas.. sakit di hati kadang sukar kita selindung dek air mata yang gugur tanpa kita sedari.. hati memang sukar dibohongi walau senyuman sentiasa cuba kita ukirkan.. "sabarlah wani.. kadang keindahan yang kita pandang dengan mata kasar.. tak sama dengan hakikat sebenar.. kuatkan hati.. insyaallah semua akan ok semula nanti.." terima kasih kawan.. sebab sudi pinjam kan telinga.. moga kelembutan hati seorang teman mampu menyejukkan hati ini..

mendengar namamu bagai memikul beban..
mendidihlah kemarahan yang terpendam..
itu belum lagi.. kita berdepan..
lebih elok jika dibiarkan.. kemarahanku reda sendiri..
usah ditambah bara yang tersimpan..

walau berbagai rencana engkau lakukan..
sedikit pun tidak melembutkan hati..
malah makin tebal kebencianku.. 
serta marahku tiada berkesudahan..
biarlah aku tanggung sendiri.. 
segala dosa kerana membencimu..


Tuesday, January 4

MANDI BUNGA...

 


    Dalam kalangan orang Melayu kita.. mandi bunga ni biasanya dikaitkan dengan persepsi sebagai satu usaha agar mudah bertemu jodoh.. kalau dulu kat kampung biasanya yang uruskan mandi2 bunga ni ialah golongan orang tua2 or orang yang yang arif tentang agama.. tapi ade je jugak yang menjalani ritual mandi bunga ni dengan pawang atau sebagainya.. Sis pernah terbaca jugak.. mandi bunga ni harus dalam Islam.. asalkan tidak melanggar atau bertengtangan dengan syariat mahupun hukum syarak.

    Sebenarnya, mandi bunga ni bukan lah bertujuan untuk menarik jodoh saje... mandi bunga ni sebenarnya untuk mewangikan dan menyegarkan badan.. menaikkan seri wajah dan mencantikkan kulit.. sebab.. katanya dengan mandi bunga ni.. diharapkan khasiat bunga yang digunakan tu dapat diserap ke dalam badan.. sebab tu la seeloknya.. air mandian bersama bunga2 tu direndam semalaman sebelum digunan.

    Sekarang ni dah banyak spa yang menawarkan pakej mandi bunga ni.. orang kata bak cendawan tumbuh selepas hujan la.. tapi tu la.. antara sempat atau tidak or mampu atau tidak atau pun mahu atau tidak je.. sis pon x pernah la g mandi2 bunga ni kat mana2 spa.. hehe.. tunggu la kot abam jo muncul nanti.. boleh la sis berjinak2 p memanjakan diri kat spa.. kalau ade.. eh..

    Tambah lagi.. kat internet pun berlambak orang share info if kita rajin nak mandi bunga sendiri kat rumah.. info tentang bahan2 atau bunga2 yang biasanya digunakan.. termasuklah dari cara-cara penyediaan hingga la penutupan ritual mandi bunga ni.. kalau x rajin sangat.. kome boleh je lalu lalang kat shopee.. ramai je yang dah menjual ramuan mandi bunga ni dalam pelbagai bentuk.. boleh la try mane yang kome rasa sesuai dengan jiwa kome ye..

    Tapi apa2 pun semuanya bergantung kepada niat dan keyakinan kita.. untuk apa kita lakukan semua ni.. ingat ye.. ni sebagai usaha sahaja... jangan terpesong dr segi akidah dan hukum syarak ye.. Meh sis share satu kisah.. pengalaman sis.. dulu masa lepas degree suatu ketika di zaman muda remaja dulu.. mami ade mintak tolong tok mengaji kat kg sediakan bahan mandi bunga ni untuk sis.. mmg guna cara tradisi tu la.. mami mintak senyap2 masa balik kg.. dok pakat ngan mak menakan la  ni... balik kl baru tau.. lepas mami nak jirus pakai air bunga2 tu..

    Kononnya moden sangat n orang Key Ell katanya kan.. memang la sis layan kan je permintaan mami tu.. tapi.. lepas kali terakhir mandian tu.. kiranya kali ketiga.. tetiba jiwa muda sis leh cakap cam ni pulak kat mami... "Mama ni suka tau percaya benda2 tahyul ni.." oppss.. nampak.. tiada keyakinan langsung sis ngan amalan tu.. "Ish apa pulak... kita ikhtiar.. lagi pon ni tok .. yang buat.. bukan mama mintak kat bomoh pon.. kakak ni.." dan lepas tu.. mami tak penah sebut2 dah pasal tu..

    Dan lately tetiba sis terasa nak mandi bunga... tapi malas pulak nak p spa bagai... lagi pun kalau area ampang ni rasanya pakej2 mandi bunga ni harga leh tahan kayangan la jugak.. nak tunggu balik kampung.. tak tau la bila pulak boleh balik.. nak tunggu abam jo taja?? entah jangan kan bayang.. bau pon xde.. haha.. adakah sis terlalu memilih?? haha.. ingat sis heliza helmi nak pilih2 orang?? 

    Semalam ade member tanya sis.. sis suka orang yang macam mana.. entah la.. dalam umur2 macam ni rasa macam dah tasteless pulak.. haha.. tengok ramai kawan2 yang dapat suami muda.. macam best.. yang sebaya pon macam ok.. yang kawen ngan bekas laki orang pon.. mcm happy je.. tapi ade je yang gagal jugak.. biasa la.. orang kata sedangkan lidah lagi tergigitkan.. 

    Sis akan sentiasa ingat pesan abah.. kalau x suka.. awal2 lagi jangan pernah bagi harapan kat orang.. dan sis akan ingat jugak someone penah pesan kat sis.. jangan terlalu mengharap atau mengimpikan kita akan dapat macam yang orang lain dapat atau yang terpapar indah macam dalam novel atau drama.. belajar ikhlaskan hati untuk terima seadanya.. sebab kalau terlalu mengharap.. dan akhirnya kita x dapat apa yang diimpikan tu.. hati sendiri akan sakit dan kecewa..

    Haa... gitew... so untuk menjaga hati sendiri... sis menjadi semakin hilang rasa.. 



Wednesday, December 29

K e k u a t a n . . .

    Tanpa disedari.. kini kita kembali menghitung detik melangkah ke tahun baharu... 2022.. tanpa sedar jugak.. kita turut menghitung pertambahan usia setahun lagi.. pertambahan usia yang masih mengunci kita di fasa kehidupan yang sama... sedang kalau diperhati sekeliling.. kawan2.. sedara mara.. sepupu sepapat.. malahan anak2 murid.. ramai yang telah melangkah ke fasa kehidupan yang baharu.. dan aku... masih teguh terkunci di fasa ini... sedih? malu? marah? relax? entah.. kadang aku pun tak pasti sama ada aku punya emosi atau betul telahan rakan2 yang aku mmg dilahirkan tanpa emosi...

    Jauh di sudut hati sejujurnya... aku memang terkesan dengan semua perubahan yang berlaku di sekeliling aku.. mungkin juga pertambahan usia membuatkan aku cuba untuk sentiasa kelihatan tenang dan matang secara luarannya.. namun.. sejujurnya aku tak kuat dan tak pernah kuat seperti tanggapan orang terhadap aku.. jika aku diam... jika aku menjauhkan diri dari semua orang.. tika itu bermakna hati aku sedang menangis... tika itu aku sedang memujuk hati sendiri agar terus kuat.. walau lately aku rasakan aku perlukan lebih masa kadang berhari untuk cuba memujuk hati sendiri.. mungkin faktor usia membuatkan hati ini tak seteguh yang dulu lagi.. kini hati ini cepat tersentap.. hati ini mudah menangis.. kian mudah terhiris..

    Kalau dulu... aku rasakan aku sudah cukup kuat mendepani kehidupan ini.. aku bisa mandiri... aku hampir mampu dapatkan apa2 yang aku inginkan dengan hasil keringat aku sendiri.. aku mama abah yang sentiasa mendampingi aku.. aku punya adik2 yang boleh payung jika aku perlukan.. aku masih punya kawan2 dalam liga yang sama yang sentiasa ada bersama-sama aku.. tapi... itu semua dulu... dulu sebelum kita dilanda pandemik covid-19 yang seakan tiada penghujungnya..

    Selepas melalui pelbagai fasa kawalan pergerakan.. aku rasakan seakan dunia berubah hampir 360 darjah.. bukan setakat perubahan fizikal.. termasuklah perubahan jiwa.. perubahan sosial.. kadang aku rasa semua orang semakin menjauh dari aku.. kawan2 yang tiba2 ramai berubah status ke fasa baharu semakin menjauhi aku.. ya bukan salah mereka.. kini mereka punya tanggungjawab yang lebih utama.. perubahan-perubahan ini ku rasakan semakin tambah memudarkan kecekalan hati aku.. baru kini aku rasakan yang aku memang kesorangan.. sorang2 tanpa insan yang betul2 boleh aku berpaut..

    Bila semua perkara tersandar di bahu aku... semua perkara terpaksa aku fikirkan kan.. aku selesaikan... tika insan2 yang rapat dengan aku satu masa dulu yang kian menjauh akibat punya tanggungjawab baharu... aku rasa aku sudah tak cukup kuat.. tapi aku perlu kuat untuk mama abah yang kian menyusut kesihatannya.. aku perlu kuat untuk aku mandiri.. namun.. segala kelemahan dan kekurangan diri.. aku semakin hilang erti kekuatan... kenapa aku?? kenapa bukan aku?? aku rasakan aku sudah sampai tahap yang orang tak pernah lagi soal di mana.. bila.. dan siapa jodohku.. adakah aku sudah hilang kelayakan itu??

ehh.. ter emosi pule... tapi seriously aku memang perlukan kekuatan itu... or adakah aku perlu mandi bunga bagi menyambut tahun baharu yang ku harapkan ada pelangi yang bisa menceriakan hidup aku.. ok bye..





Saturday, September 19

B E R A T..

berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul..
berat lagi hati yang menanggung umpatan dan kejian..

itulah lumrah hidup manusia di muka bumi Allah ni.. ada golongan yang memikul beban yang berat... ada golongan yang hanya melihat betapa tersiksanya golongan yang terpaksa memikul bebanan.. ada golongan yang berhati suci membantu meringankan bebanan tersebut.. tapi dunia hari ni.. yang banyaknya ialah golongan yang terpaksa memikul umpatan dan kejian netizen.. walau kadang berat tu tak kelihatan.. tapi sedarkan mereka bahawa betapa beratnya sekeping hati nak memikul bebanan yang digelar cacian dan makian.

untung lah seorang insan jika dilahirkan sesempurna yang diimpikan oleh semua orang... raut wajah yang cantik.. kulit yang mulus... bentuk badan yang menarik... senyuman yang menawan... suara yang gemersik... walau punya hati sehitam arang... itu tidak menjadi masalah.. kerana makhluk yang bernama manusia hari ini hanya mengejar apa yang sempurna di mata... sehitam mana hati.. seburuk mana akhlak.. sudah tidak menjadi taruhan.. itulah manusia hari ini...

saban hari.. berlegar-legar di media-media sosial.. anak gadis yang bangga memuat naik video2 tiktok.. bangga dengan kesempurnaan yang dikurniakan... bergelek sana sini.. menayang itu ini.. tidakkah ibu bapa mereka melihat semua itu? atau pun mungkin mereka bangga punya anak gadis sesempurna itu.. baru-baru ni ditambah pula dengan isu2 yang lebih sensitif... anak muda yang sempurna ini semakin berani memaparkan aksi2 yang tidak bermoral.. bukan anak muda sahaja... orang2 dewasa yang kadang sudah lanjut usianya tapi masih secantik bidadari katanya... bangga menayang itu dan ini... bangga katanya.. diusia sebegitu masih bergetah...

wehhh... aku bukan nak cerita pasal tu... haha... 

ok ceritanya pasal aku... berat mata memandang.. berat lagi sebenyarnya lutut aku ni nak menanggung bebanan... aku rasa.. aku dah sampai tahap malas nak bergerak ke mana-mana.. rasa macam dh berat sangat dah lepas pkp ni... sebelum tu pun mmg dh sedia berat... ni tambah2 lagi berat... sampaikan banyak baju yang dh x memberi kerjasama dah...

nak senaman malas... tapi mulut asyik nak mengunyah je... ape cerite tu... aduh.. kome doakan la sis rajin2 kan diri senaman ek.. x pun doakan sis kurangkan sket mengunyah... hehe


Tuesday, August 11

Nak No Tepon Boleh?

x tau nak tulis apa sebenarnya.. sebenarnya.. senang ke susah kita nak bagi phone number dekat orang ek.. maksudnya.. bukan kita x kenal langsung orang tu.. tapi nak kata kenal sangat pon tidak la... just tau nama dia.. n penah la satu sekolah or satu taman dengan dia dulu... kalau sama jantina mungkin senang kot.. tapi bila lain-lain jantina ni rasa macam janggal pulak ek... tapi kalau sis secantik siti nurhaliza.. rasanya sis terus je mintak no phone die.. hehehe..

sis ni nama je hidup di zaman millenium serba canggih ni.. tapi pemikiran sis masih terikat ngan mentaliti orang dulu-dulu.. mentaliti yang perigi tak elok p cari timba.. tapi masalahnya sekarang perigi ni dah banyak sangat... pastu timba2 yang elok payah la nak jumpa dah... plus perigi yang dah ada timba pun sibuk la dok cari timba lagi... abis tu cam ne... hehehe..

dalam mentaliti macam orang dulu2 pun.. sis rasa macam sis dah bagi banyak hint kat dia... tapi entah lah..

ok next...

Thursday, March 26

K A W A N . . .

kawan.. rakan.. sahabat.. semua orang mesti ada individu yang dipanggil kawan kan.. selain keluarga.. kawan la tempat kita berkongsi minat.. cerita.. pengalaman dan macam2 la.. dalam memilih kawan ni.. dalam kita sedar atau tidak.. sebenarnya ade chemistry yang buatkan kita boleh rapat dengan seseorang... mungkin sebab sama perangai... jenis darah yang sama.. zodiac yang sama... or anak no berape.. lawak kan.. tapi seriously.. yes.. kalau x percaya cuba korang check balik kawan2 korang.. tapi aku rasa formula ni x valid untuk kawan alam maya korang... sbb bagi aku.. kawan alam maya ni.. banyak bohong daripada yang betulnya..

aku bukan jenis orang yang mudah berkawan.. sebab dari pengalaman aku.. orang susah nak approach aku.. sebab kata mereka muka aku nampak sombong.. haha.. mungkin betul cakap diorang sebab sejujurnya.. aku memang jarang senyum... korang bayang la.. dah la muka tak helok.. pastu jarang pulak senyum... ko rasa orang suka nak dekatkan diri... hahaha..

tapi aku ade la beberapa orang yang aku rasa pernah sangat rapat dengan aku... kawan yang pernah aku sangat sayang... sangat care.. kenal family each other.. siap panggil mama abah lagi.. n ade antara nya sampai sekarang pun masih baik.. tapi tak la serapat dulu... mungkin jarak.. perubahan umur dan mungkin kami tidak lagi berada dalam liga yang sama macam dulu.. jadi kemesraan tu mula beralih arah kepada individu yang lebih penting...

tetiba ter emo pulak... sebab.. sorang kawan yang pernah aku kenal.. beberapa tahun jugak kami bersama.. keluarga pon agak rapat... tapi sekrang aku rasa die memang macam ignore aku.. mungkin bukan salah dia.. sebab banyak kali aku tak ambil kisah atas apa yang berlaku kat dia.. sejujurnya bukan aku sengaja... tapi jarak antara kami buatkan aku sangat terbatas.. aku bukan seorang yang sangat indipendant macam dia.. aku x yakin nak drive sendiri ke tempat2 yang aku tak familiar.. walaupun tempatnya masih dalam kl..

rasa sedih pulak.. ye la.. kalau dulu kami ade jugak berkongsi cerita... lepak sama2.. bergelak ketawa.. usik mengusik.. entah la.. mungkin tempias pkp ni jugak kot yang buat aku terhiris sket.. aku nampak dia macam tengah gembira sekrang.. nak jugak rasanya aku kongsi kegembiraan tu ngan dia.. macam kami pernah buat satu ketika dulu.. or sekurang-kurangnya die boleh respon pertanyaan aku... tu la mungkin aku kena sedar.. hubungan kami tak serapat dulu.. dan mungkin jugak status aku sebagai kawan die dah mula terpadam.. sama macam aku yang dah padam beberapa nama dalam hidup aku..

untuk awak.. honestly.. saya tumpang gembira untuk awak.. semoga semua yang awak impikan akan dipermudahkan.. rasanya kita akan semakin jauh lepas ni.. sebab pengikat hubungan kita pon dah pergi buat selamanya tahun lepas kalau x silap saya.. maaf jugak andai saya x pernah menziarah menjadi sebab terpadamnya persahabatan kita.. saya nampak awak pun memang sangat tengah gembira sekarang.. saya nak awak tau yang saya akan sentiasa doakan yang terbaik untuk awak..

terima kasih sangat sebab pernah anggap saya sebagai kawan awak..

Friday, March 20

I M P I A N . . .

hari ni... hari ke-3 rakyat Malaysia dikenakan kawalan pergerakan akibat covid19.. tapi aku tengok arahan kawalan pergerakan ni macam tak diambil peduli oleh kebanyakan rakyat kat negara ni.. kenape ye? nak tunjuk besar kepala ke? or deme ni memang kalis virus gamak nya... ape2 la.. sebab hari ni aku bukan cak bercakap pasal tu... tapi nak berkongsi pasal IMPIAN..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~  ++++++++++  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

impian... aku rasa setiap orang punya impian masing-masing... yang membezakan sama ada orang tu sekadar memasang impian.. atau memang bersungguh-sungguh nak menjelmakan impian dia menjadi kenyataan... so macam orang normal yang lain... aku jugak punya impian.. ye la.. memasang impian tu bukan perlukan kedudukan atau kos berjuta ringgit kan.. aku tak pasti sama ada pernah aku coretkan kat sini atau aku hanya berkongsi dengan orang-orang yang sudi nak dengar impian aku... hari ni aku tetiba rasa nak berkongsi impian aku tu...

lahir dalam keluarga yang cukup sederhana bagi aku... abah bekerja swasta.. mama pulak penjawat awam.. ade sorang abang... sepasang adik... hampir semua benda yang kami adik beradik nak.. abah akan cuba jelmakan jadi kenyatan.. tapi bukan percuma.. sebagai bayarannya.. kami kena tunjukkan sikap yang baik dan cuba kekalkan markah yang baik dalam peperiksaan... walaupun kami bukan jenis top student.. tp alhamdulillah.. boleh la dapat ape yg kami nak.. mungkin sebab selalu dapat ape yang diimpikan.. orang sekeliling nampak kami mewah.. bayak duit.. boleh beli apa saja... walau sebenarnya x pon.. 

aku anak yang paling muda terpisah dari keluarga.. sebab dari form 1 dah masuk asrama... walau duduk jauh.. aku nampak betapa struggle nye abah ngan mama nak sara kami adik beradik.. membesar jauh dari keluarga.. dapat tengok macam2 pengalaman hidup orang... ada yang mewah.. ada yang sederhana... ada yang susah.. ada yang susah tapi berlagak mewah... semua tu buat aku mula pasang impian... impian nak kawin ngan orang kaya?? hahaha harus la tak... sape la aku ni kan.. udah la belaja pon x la pandai mana.. rupa pun suam2 kuku je... 

ok impian aku masa di menara gading dulu... cewah... kira masa belajaq dulu la.. impian aku kalau boleh sebelum apa2.. aku nak ada kerjaya tetap... kereta sendiri dan rumah sendiri... sebab aku sangat mengimpikan yang aku boleh hidup sendiri.. x bergantung pada orang... boleh bagi duit belanja kat abah n mama... walau x la sampai beribu2 sebulan kan... satu yang aku bersyukur sangat sekarang is.. alhamdulillah aku dah mampu capai impian2 tu.. walaupun tang bagi duit kat mama ngan abah tu sangat jarang2..

tapi dalam tak sedar... dalam aku beriya nak capai impian2 aku tu.. aku tanpa sengaja dah padam impian mama ngan abah... korang pon tau kan.. semua mak ayah mengimpikan anak2 deme kawin.. tambah2 anak perempuan kan.. dulu bila abah mama bangkitkan hal ni.. aku akan pusing cerita... akhirnya.. baru aku perasan... dah lama sangat rasanya mama tak bangkitkan soal ni.. abah apetah lagi.. aku?? bukan aku x pernah fikir.. tapi bila tgk sekeliling... orang yang kononnya nampak bahagia.. tapi sebenarnya lagi banyak keluhan yang aku dengar.. keluhan2 deme tu buat aku terfikir.. andai kata aku kawin.. adekah hidup aku akan macam ni.. atau makin dipermudah.. atau makin bermasalah macam diorang.. 

sebab aku rasa.. aku x sekuat diorang nak mengharungi semua masalah tu.. betullah dialog dalam drama yang aku tgk semalam... "kita berurusan dengan manusia.. bukan dengan malaikat.. dah nama pun manusia.. jadi yang penting bg manusia ialah apa yang dia nampak... nak yang cantik dan sempurna di mata dia dan orang lain".. so aku x punya apa yang manusia nak.. jadinya.. aku fikir... baik aku macam ni daripada tambahkan lagi sakit kat hati dikemudian hari kan.. sebab bagi aku... golongan2 yang menerima seadanya tu dah macam pupus atau x wujud dah kat dunia yang semua orang mengejar kesempurnaan ni..

ok... tu je bebelan aku petang ni... sekian..

Wednesday, December 18

mulut orang vs mulut tempayan..

kenapa ada peribahasa or perumpamaan antara mulut orang dengan mulut tempayan? mulut tempayan tu sungguhpun besaq.. tapi kita boleh je cari pelbagai alternatif untuk tutup.. tapi kalau mulut orang.. kita guna la cara apa sekalipun.. depa akan tetap menyampaikan something yang depa nak sampaikan la... misalnya kita tutup mulut dia.. die leh tunjuk ngan ekor mata sambil buat muka... kalau kita xda kat sekeliling depa.. depa leh hantar msg.. wa la.. fb la.. ig la... kan semua di hujung jari ja la ni...

ok.. mmg x dinafikan.. kadang2 apa yang orang kata tu bukan sebab depa dengki ka or nak buruk2kan kita.. maybe depa ambil berat pasal kita.. kot la kan... husnuzon orang kata... betullah kata orang tua2.. apa2 benda yang kita buat pon biarlah berpada-pada... nak sayang orang ka.. nak tanya orang ka... biarlah berpada-pada dan sesuai dengan masa dan keadaan..

contohnye i kan.. i is x kesah orang nak tanya i bila nak kawen.. pasai apa x kawen2 lagi... x elok kawen lambat2... x laku ka... apa ka.. i is x kesah pun... sbb bukan korang yang tanggung hidup i pon.. makan minum i.. kan kan... tapi korang fikir la perasaan mami ngan dedi i.. sian la kat depa... kalau nak tanya tu.. tanya i terus.. kan ke jodoh dan ajal ni janji Allah.. bukan janji i.. nak kawen esok ka.. lusa ka.. tahun ni ka.. tahun depan ka.. mana la i tau...

mmg la tgk member2 ngan sedara mara nak main ngan anak2 mcm best ja.. tapi x kesah pon.. kalau x kawen leh je amik anak angkat.. tapi tu la.. nak bela diri sendiri pon tercungap2.. inikan nak bela anak.. amanah Allah...

ok sekian bebelan i untuk hari  ni...

Wednesday, June 12

Maaf...

raya baru ni... x ujan x ribut.. tetiba one of my girlfriend cakap die nak tunang lepas raya ni n majlis dijangka dalam bulan 11.. whatttt??? tak tau la nak kata terkejut ke.. seram ke.. cuak ke ape... tapi yang pasti mesti la aku happy tuk dia.. akhirnya akan bergerak ke fasa hidup yang baru.. sejujur nya.. mula dari 1st day raya sampai hari ni aku still dok fikir lagi pasal ni.. walaupun raya tahun ni mcm dh x dengaq soalan bila nak kawen tu... or maybe sbb orang pun dh cemuih nak tanya aku... macam dah lepas tarikh luput pulak rasenye...

kalau nak diikutkan... aku rasa aku macam x kesah pon pasal  ni... cumanya.. dalam umur yang macam ni.. aku macam kesian kat mami n dedi bila kawan2 depa dok mai panggil makan kenduri anak diorang... dan mestila anak2 deme tu lagi muda dari aku kan.. tambah pulak bila kau ade mak menakan yang macam.. ok anak aku laku keras tau... semua dah kawen... anak kau ape cer... aish..

kalau aku lawo mcm siti nurhaliza nun.. dh lama aku p meminang sapa2 tuk buat laki.. hahaha.. tu kalau la kan... xpe la.. maybe jodoh aku dh xde kat dunia ni... atau belum lahir pon lagi... hehe.. tapi bila tgk pengalaman org2 kat sekeliling aku ni.. mcm banyak je masalah deme.. walaupun kat media sosial dok canang.. owh bahagianya aku.. tapi hakikatnya.. huhuhu... bila tgk keadaan macam tu aku rasa better macam ni je pulak...

apepun lepas ni.. untuk raya yang seterusnya.. aku kena tambah satu perkara masa sesi salam2 pagi raya  ngan mami n dedi... "maaf sebab ceq x dapat bg menantu tuk mami n dedi.." 

Tuesday, September 18

GIRLFRIEND GETAWAY 2018.. - PART I

Date : 8 ~ 11 September 2018
Venue : KL ~ Perlis ~ Danok ~ Perlis ~ KL

ok.. last year kitorang dah bergetaway kat Putrajaya.. tahun ni kasi jauh sket.. bawak buku merah sama.. 1st time untuk i.. yang lain-lain tu idok.. kali ni my baby sis join kitorang sebab lia ngan izu tak dapat join.. so jadilah pengembaraan kami berempat ke utara tanah air..

[ 8.9.18 ~ KL - Kepala Batas, Penang - Perlis ]

pagi tu semua berkumpul kat ampang sebab naik babyvy.. zawan sampai je kami terus gerak.. memula kekonon nak p la singgah minum petang kat rumah kak amey.. tapi x dijangka-jangka.. jem bagai nak gila.. 1st time ok aku drive straight dr kl ke penang 7 jam ok... selalu paling lama dalam 5 jam ja.. walau pon hujan kat beberapa tempat tapi alhamdulillah perjalanan kami selamat.

memandangkan masa nak sampai kepala batas tu dah dekat pukul 5.. so kami pon berkira2 nak p cari penggurup wang kat pekan.. pusing punya pusing x jumpa pon.. so kami singgah solat ngan makan ja kat situ. n x sempat pon singgah p tengok mak su pak ken.. tapi ape2 pon kami roger ok depa.. kata sorry x sempat nak singgah sbb nak terus p perlis.


kat kepala batas kami singgah makan kat kafe mae thai yang terletak sebelah sunshine. ok la jugak makanan dia.. sedap.

lepas dah isi perut dan isi tank minyak.. kami teruskan perjalanan ke negeri indera kayangan. disebabkan masa kami gerak pon dah maghrib so kami terpaksa batalkan hasrat nak singgah rumah kak amey kat jitra. disebabkan aku pon ala2 rabun ayam.. so perjalanan ke perlis kali ni disambung oleh zawan.

 

perjalanan ke perlis boleh dikatakan agak lancar walaupun hujan dan banyak kereta la jugak.. 

sampai je kat destinasi.. kami singgah mini mart beli air mineral then terus ke rumah zawan. sampai je.. nak dijadikan cerita.. padlock gate rumah dh ditukar oleh jiran yang tolong tengok2 kan rumah tu.. tu la zawan.. kekonon nak buat surprise.. tetiba dia yang kena balik.. nasib baik la jiran tu ada.. cuma padlock tu terpaksa diketuk sebab kunci nya dalam kereta yang dah ke damansara..

masuk rumah.. punggah barang semua.. sapu2 rumah sket sbb lama dah tinggai.. bersih2 badan semua.. pack kan baju untuk ke danok esoknya.. sambil2 membawang sket2.. masing2 dah baring semua pakat dok tenung phone lg.. ada yg main game.. tgk channel masak la.. tgk cerita korea la.. padahal cadang2 esok nak gerak pagi2 p bukit kayu itam..

bak kata zawan... dan seperti yang sudah aku jangka kan.. aku la orang 1st yang belayar dulu.. haha... ok nanti smbung part II..


Sunday, October 8

#FANTASIMIMPI

13 March 2003 ; 10.33pm

" tak yah di fikirkan tentang aku.. aku tak apa2, cuma x tau la.. tapi jika rindu kat aku dengar la lagu 'seperti dulu' dan 'fantasi mimpi'.."
" kau cakap la ape kau nak cakap... aku dah tak kisah dah... cuma aku mintak, kau simpan baik2 gamba kite tu.. cuma tu je kenangan hidup aku dengan kau.. thanks for everything.. jaga diri ye sayang.. "
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

fantasi yang aku mimpikan.. melakar sebuah duka..
mimpi yang tak kesampaian.. realitiku makin tenggelam..
illusi yang aku angankan.. kini melayar kehibaan..
runtuhlah istana janji.. menjadi debu penghias jalan..

dari awal lagi memang semua fantasi ni kau yang cipta.. kau karang.. kau gubah.. sampai semua kawan-kawan sekeliling dapat baca.. aku yang mulanya kaku membatu.. akhirnya terbuai dengan fantasi yang kau cipta.. aku la manusia paling bodoh.. sebab terikut2 dengan fantasi ciptaan kau..


tak sanggup rasanya hati berpisah denganmu..
tak ingin aku meratap kisah yang hiba..
namun sudah suratan melangkah tiba..
sengsaralah diri ku selamanya..

bila aku semakin dibuai dengan fantasi cinta palsu kau.. kau permainkan aku.. kau dengan kawan baik kau seronok mainkan emosi aku.. kau lah manusia paling kejam yang penah aku jumpa.. aku benci kau.. sekejap kau kata sayang.. lepas tu kau menghilang.. kau muncul balik kata kau rindu.. kemudian kau menghilang balik.. aku memang bodoh.. bodoh sebab terikut2 fantasi palsu kau..

ku sangka kita.. kan kekal abadi..
rindu yang diusung.. sampai ke mati..
pabila ku buka mata.. engkau tiada di sisi..
khabar yang aku terima.. kau kini dah milik orang..

fantasi bodoh kau ni memang aku akan ingat sampai mati.. dan sampai mati jugak aku takkan maafkan kau.. lepas semua kau dah buat ni.. kau muncul balik dalam hidup aku.. untuk apa? untuk sakitkan hati aku balik? untuk tunjuk yang kau kini dah bahagia? pergi lah.. pergi lah kau dengan kebahagiaan yang kau pilih.. kebahagiaan yang kau bina atas penipuan yang kau tinggalkan kat aku.. jangan kau muncul lagi dalam hidup aku..

Saturday, September 9

girlfriends getaway 2017..

tiba masa untuk kita cerita kan semua... berjalan meluang waktu hujung minggu..
grab ur key n drive ur car.. all the way 2 damansara.. putrajaya
come on this is the night.. have some cookies n coffee..

masa muda muda lg ke.. jangan pernah sia-sia kan..
simpankan sebagai memori.. jadikan polaroid..
sungguh indah lupakan segala resah.. bersama sahabat gembira.. jadikan 1 polaroid..

biarkan mereka berkata apa yang dirasa.. hidupkanlah hari ini muda hanya sekali..
grab ur key n drive ur car.. all the way 2 damansara..
come on this is the night.. have some cookies n coffee..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tarikh  :  12 ~ 13 Ogos 2017
Venue  :  Everly Putrajaya

at last after almost 15 years.. berjaya jugak bergetaway dengan my girlfriends... kawan2 masa zaman matrik.. macam x cukup je 2 hari lepak2.. makan2.. gossip2.. tgk midnite movie.. jalan2... rindu sangat.. walau pun x semua yang join.. 


niq kutip aku kat rumah.. dalam kete pon dah seronok bercerita.. then ngam2 sampai hotel sama2 ngan izu n zawan... check in.. dapat pulak bilik yang connected kan.. bilik everly sangat la overated.. best2.. niq siap pesan suh bawak rendang daging mummy.. rindu kate nyer..


okey bilik best.. booked 2 bilik yang connected.. katil super single yang empuk nyum nyum..


petang tu layan kan diorang p mandi pool.. pool x la besar sangat.. tp ok la..
dok kejap.. pastu lia datang... siap bawak buah tangan dr korea lagi...

ok malam tu.. p makan2 kat alamanda.. sebelah everly tu je pun.. pandai lia suggest tempat.. sebab lama x balik malaysia.. lia teringin makan ape thai tah... n tq again lia sebab belanje kitorang dinner malam tu.. ok aktiviti malam tu.. tgk midnight movie pulak... anabelle.. ok la xde la seram sangat.. agak predictable jugak la cerite nyer... ok tgk movie tu din join.. sbb lia kate takut pulak kalau kena balik bilik sorang2 nnt..

malam tu dok sambung borak ngan niq ngan izu mmg x hengat.. dah masuk cerita KRT pulak bagai.. hehe.. zawan dah belayar.. penat gamaknye.. sebab dia dari perlis.. kongsi banyak cerita.. tp mmg tak abis la.. throwback la kekononnye...

    
breakfast kat everly mmg heaven giler... lia ngan din x join sebab deme mmg orang putrajaya.. so deme makan kat luar... n tgk sape kitorang jumpa.. najdi unic.. kebetulan die dok kat depan meja kitorang... ramah kemain.. macam lama kenal je..

ok after breakfast jalan2 kat tasik tepi everly tu.. bapak jauh berjalan.. abis semua yang breakfast tadi tu.. hehe.. mcm best je dok kat rumah2 tepi tasik tu.. siap ade tempat senaman lagi.. tp mmg x mampu la kan.. rumah sebijik2 tiga tingkat... huhu.. aku kan kuli2 aje...

kekonon nak pusing tasik.. tapi cam x nampak je jalan pusingan nyer.. so kitorang pon berpatah balik.. kat tepi tasik tu banyak giler pokok saga... suka tgk sebab banyak biji saga kat situ... nak amik bawak balik takut pulak.. kang ade yang mengikut plak... so amik gamba jek la..



ok sekian saja cerita untuk getaway kali ni.. cerita kami x abis kat situ je.. sebab lepas getaway tu.. group wa kembali rancak.. sebab ade kisah yang perlu diupdate... cadang nye after ni nak getaway jauh skit.. so semua kena start menabung la ye.. aku la yang paling kelaut skit bab2 nak menabung nie... harap2 lepas ni leh keluar jalan2 lagi... love u girlfriends...

#girlfriendsgetaway  #15yearsfriendship 
#nzherewecome #mogaakuberjayamenabung

Thursday, February 9

tahun terkejut yg menakutkan...

baru masuk bulan februari... dah 3 berita terkejut lg menakutkan yang aku dah dengaq... huhu semakin seram bila poket pon semakin mengecil.. apa yang lebih seram dan menakutkan is... walaupon poket semakin mengecil... tapi badan aku seperti semakin dipam pam... huhu...

nak buat cam ner.. xpe la.. kalau ade.. ade la.. kalau xde nak buat camne kan... tu janji Allah.. bukan janji aku.. #kusedarsiapadiriku

Sunday, December 11

Time 2 say good bye..

pejam celik pejam celik.. tahun 2016 pon dah nak sampai ke penghujungnya dah... macam tahun2 sebelum ni.. macam2 jadi dalam tahun nie.. 3 orang sepupu sepapat i kawen.. ade yang dapat baby.. ade yang bakal dapat baby.. ade yang bakal bertunang.. same gak macam kawan2.. me?? haha xde mende yang best pon.. macam tahun2 sebelum ni jugak..

ok.. jom kita review azam awal tahun hari tu..


1. nak jadi lebih positif.. x super sensitif.. berdikari.. berani.. (yeah.. cuba untuk lebih kuat.. xmo nangis2 dah.. hehe)
ermm.. macam x berape nak berjaya je azam nie.. sbb aura2 negatif tu macam masih kuat je.. tapi bab sensitip tu mcm dah berkurang sket.. faktor usia mungkin.. hehe..
2. tidak bermulut longkang.. (haha.. so korang jgn nak mula buat hal dulu naa..) 
yang ni pon ikut situasi... mulut longkang perlu dibalas ngan mulut longkang jugak.. hehe..
3. buat saving.. (ni kene doa kuat2 nie.. terbabas jugak bab nie.. hehe) 
alhamdulillah yang ni insyaallah berjaya.. bende dah settle.. start bulan satu akan mula..
4. nak ade rumah sendiri.. (kene usaha lebih nak mintak rumah pr1ma.. sbb kalau nak jumpa 'mr husband' x tau bila tahun nyer..) 
yang ni macam x berapa nak berjaya gak.. sebab rasa cam x mampu jek.. xpe.. kita bawak ke tahun depan..
5. jumpe 'mr joe'.. (aduh.. nie pon x berharap sangat.. tapi bila tgk member2 dok post gambaq2 baby depa yang comel2 tu.. rase nak nangis...) 
yang ni pon.. jangankan bayang2... bau pon x dak.. sampai tahap.. kalau ada.. ada la.. kalau x dak nak buat cam na kan.. dah semua mengejar yang sempurna di mata saja.. haha..
6. jadi lebih rajin.. x tangguh2 kerja.. (ni harus usaha kuat.. banyak keje penting kat sekolah tahun nie.. harap bertabah sampai hujung tahun melayan budak2 3G.. huhu)
boleh la.. rajin la sket.. yang pasti harap tahun depan akan lebih rajin la kot.. dan harap2 sangat dah x berjodoh dah ngan 3 Gigih... punah mood setahun okey..
7. nak kurus.. eh.. nak kurangkan berat badan.. (nie pon x sure.. semakin hari semakin bambam.. tapi tu la.. harap2 dengan umur nie.. akan ade la kesedaran sket.. amin..)
haha.. azam ni la yang paling ke laut sekali.. x tau la.. sebelum cuti kemain berazam.. sampai je cuti akhir tahun.. hampeh.. dok umah menternak badan je..

okey.. berdasarkan keberjayaan azam tahun lepas... i is dah nampak n dah dapat list kan semula apa azam tahun 2017.. haha sadis betul dok renew2 je azam tahun2 yang lepas2...

Tuesday, October 11

Kesempurnaan...

terkadang merasakan hidup ini terlalu kejam.. kejam tuk aku yang begitu jauh dari kesempurnaan.. tapi betulkah kesempurnaan itu menjaminkan kebahagian? entah.. jawapan itu memang ternyata tak ada pada aku yang begitu jauh dari kesempurnaan ni.. namun yang pasti.. mereka yang mengejar dan bangga mempamerkan kesempurnaan ini terkadang mengguris hati ini.. meranapkan hati manusia2 yang begitu jauh dari kesempurnaan.. sedarkah mereka?? tidak.. kerana mereka terlalu sibuk berbangga dengan kesempurnaan itu..

aku penat.. aku letih.. hidup dalam dunia orang sibuk mengejar kesempurnaan ini.. wal hal aku tau sebilangan besar kesempurnaan itu hanyalah paparan luaran.. tapi siapa peduli di zaman yang mementingkan visual hari ini.. makanya semakin terhumban ke dalam gaunglah manusia2 serba tidak sempurna ini..

jadi salah aku kah jika meminggirkan diri dari dunia sempurna mereka.. salah aku kah jika semakin berputus asa.. maafkan aku jika ini umpama tidak mempercayai qada dan qadar.. tapi sedarkah sebab kau.. kau.. dan kau... semua ini berlaku.. maafkan hamba Mu yang serba tidak sempurna ini ya Allah...

Sunday, January 17

how time flies...

pejam celik pejam celik... dah masuk tahun 2016.. kalau dulu2 time sekolah dok nanyi lagu wawasan 2020 rasa mcm lambat je nak sampai.. tapi hari ni.. insya-Allah lagi 4 tahun.. sampai la kita ke tahun 2020.. dan sempena masuk tahun 2016 nie jugak,.. aku ade satu azam je.. renew azam tahun-tahun lepas yang x tercapai2 lagi.. hehe..


bila masuk tahun baru jugak.. satu benda yang buat aku susah hati is.. umur tambah lagi 1 tahun... huhu.. ye.. umur mmg tambah setiap tahun pon.. tapi mostly kawan2 aku makin bertambah umur.. makin bertambah plak rezeki anak.. aku?? huhu... pak nyer pon bayang2 x nampak lagi... mmg orang dok kata aku nampak x risau.. tapi jauh di dasar hati.. cewah... akak risau okey.. bukan ape.. sian kat mama abah la.. bila orang lain dok canang konon anak depa laku sangat... sian kan.. kat my mummy n daddy..

pastu ade la orang dok share2 msg kat group2 suh carikan jodoh tuk anak menakan la.. sape la.. tp kebanyakannya nye kriteria die nak yang umur 20-an... huhu..  sentap mak okey... ye dik.. mak dah 30++ okey... huhu.. x pe la.. kalau ade.. ade la tu nanti... maybe die x pakai waze kot.. tu yang payah jumpa tu.. haha.. k bai..


Monday, January 11

langit cinta..

ku bermohon.. bawah langit-Mu..
itu saja.. daya termampu..
kerna cinta.. sekuat manapun..
takkan melepasi.. cinta-mu yg suci..

dalam hidup nie semua orang nak dicintai dan mencintai.. cinta juga yang menambah warna-warna dalam kehidupan.. tapi x semua cinta berakhir dengan kebahagiaan... kerna cinta kadang kala mengundang penderitaan.. namun hanya ada satu saja cinta yang paling agung... cinta kepada Allah...

hati ini.. pedih menanti..
mengharapkan.. kasih kembali..
semua cinta.. yang telah ku beri..
hanya kepadanya.. tak mungkin berganti..

betul kata orang... jangan memberi cinta sepenuh hati... simpan sedikit untuk diri sendiri.. kerana jika mendung berarak tiba.. kita masih punya kekuatan tuk berdiri kembali.. cinta mmg sukar tuk ditukar ganti.. sungguhpun ia kembali.. pasti masih terkesan di hati..

memang dia yang ku cinta..
sungguh tak pernah ku sangka..
hadir membelai jiwa dengan ikhlas..
tulus hatinya..

cinta kadang tiba tanpa kita sedar... cinta juga mungkin dari hati insan yang tak pernah kita jangka.. adalah lebih mudah menerima cinta dari insan yang menyintai kita... daripada menunggu cinta dari insan yang kita cintai... kerna lebih mudah memujuk hati sendiri berbanding hati insan lain..

pulangkan dia padaku..
tak tertanggung merindu..
biarkan kami hidup..
di bawah langit cinta-Mu..

kalau sudah ditakdirkan dia bukan untuk kita.. x usah dirayu.. x usah ditunggu.. kerna melepaskan bukan bererti berakhir sudah keceriaan hidup.. mungkin dengan melepaskan adalah jalan yang terbaik untuk kedua-dua pihak... kadang kala seseorang ditakdirkan hanya singgah sebentar dalam hati kita.. dan bukan untuk selamanya.. dari situ kita perlu belajar erti ke redhaan..

jika bukan dia.. cintaku ini..
ambillah kembali.. dari hati..

aku tak pernah kuat seperti mana yang digambarkan.. sebab itulah bagi aku... jika dia bukan takdirku.. Kau ambillah rasa itu.. Kau hilangkan lah dia dari hati ku.. dan aku mohon.. dia takkan muncul lagi dalam kamus hidupku... walau pun di dalam mimpi..


Monday, December 7

hidup dalam mati..

lakaran lukisan x berwajah..
merontaku di dalam kesunyian..
x rela ku mengejar.. cinta yg hampir kelam..
sendiri ku di sini.. pilu..

tiada manusia dalam kehidupan ni yang mampu meramal masa depan.. bahagiakah kita.. terlukakah kita.. tiada siapa yang boleh tentukan melainkan Dia yang Esa.. namun setiap detik kehidupan mungkin akan berbeza jika kita pandai menilai dan sentiasa positif.. positif dari segi pemikiran.. perbuatan.. dan perhubungan.. walau macam mana pun.. kita masih x punya kuasa untuk memaksa orang berubah mengikut keinginan kita..

sama macam hati.. kita takkan pernah mampu untuk memaksa orang supaya suka kita.. sebagaimana kita suka dia.. berbaloikah kita kalau terus-terusan mengejar cinta yang terang-terang semakin menjauhi kita? terus berharap pada insan yang dah tak hargai kehadiran kita dalam hidupnya.. untuk apa kita terus menanti? penantian sebegini biasanya pasti berakhir dengan kelukaan hati..

angin bawalah aku pergi..
pergi dari kesakitan ini..
x mampu ku menahan.. peritnya perpisahan..
Tuhan hapuskan semua kenangan..

kenangan lalu bukan mudah untuk kita usir pergi.. kesakitan itu pasti akan meninggalkan parut di hati.. hanya pada-Nya kita memohon agar terus ditabahkan hati dalam mengharungi hari-hari mendatang.. 

x ku menduga kau berlalu pergi
tinggalkan semua mimpi dan janji
terluka aku menangis
tersedar kau hilang di hati

kau hadir tanpa diduga.. keperihatinan n kesungguhanmu akhirnya membuka hati.. kebahagiaan hanya seketika bertamu di hati.. betul kata orang.. jarak pemisah musuh paling ditakuti.. akhirnya kau berubah hati.. tinggalkan semua tanpa sebarang kata.. kecewa? menangis? walau apa terjadi.. hidup ini perlu terus  aku terokai.. 

jangan diucap sesal mu berkali
tiada erti hidup ini
ku terima suratan takdir
biarkan aku sendiri hidup dalam mati

bukan mudah kau kubuang dari hati.. bukan mudah ku padam semua memori.. untuk apa kau muncul kembali? untuk tambah sakit di hati? suratan ni telah aku terima.. sudah ku padam terus perhubungan ini.. anggap saja perkenalan kita x pernah terjadi.. maaf.. aku x mahu kau mucul lagi dalam kamus hidup ini mahupun di dalam mimpi..


Monday, October 19

aku ke yg terlalu sinis..

lately semua orang mengejar kesempurnaan... yang jelas dah cantik lawa kurus... x habis habis ayat.. ala i dah gemuk la.. i x muat dah baju dlu... ala kulit i dah bla bla bla.. diorang memang sengaja nak perli orang yg x sempurna cam aku ke ek...atau mungkin kerana dah mmg dilahirkan cantek.. dr kecik orang dok puji je.  so diorang x faham macam mana nak jaga perasaan orang lain...

atau mungkin ke aku yang terover sensitif... entah la... tapi agak2 la... ko dah cantek kot... mostly dah berlaki n beranak pinak dah... ko nak melawa sangat ko nak tunjuk kat sapa... oo nak orang puji la.. tgk si polan si polan... dah ada anak pon still cantek bergaya apa semua... entah la... sekarang semua kene jaga hati sendiri jek... x payah kisah nak jaga hati orang lain... orang terasa ke apa ke... mind their own business... gitu la gamaknya dunia hari nie...

Monday, September 28

kebarangkalian yg menakutkan..

baru2 nie sorang member ade share 1 kisah seorang perempuan yg ditolak mentah2 oleh bakal ibu mertuanya dengan alasan dia dah berumur 30++ so dikuatiri x dapat bg zuriat or cucu kepada keluarga tersebut.. kesian kan... 

bohong kalau aku ckp kisah tu x beri kesan langsung kat aku... di sudut hati yang terdalam.. ye.. aku mmg takut kalau bende yg sama jadi kat aku.. n aku tau aku x kan sekuat perempuan tu yang begitu redha dengan ketentuan sebegitu...

takut nyer.. kenapa aku rasa liku2 hidup aku semakin kejam.. mungkin ke sebab aku sangat kurang bersyukur... or mungkin aku terlalu mengejar kesempurnaan... tidak.. aku x mengejar kesempurnaan sebab aku sedar aku sendiri tidak sempurna...

"kawan wani ade yg belum kawin?"
"ada.. kenape kak? mesti sebab akak tgk sye mcm relax je kan"
"a'a.. sangat relax.. "

mmg ramai yg cakap mcm tu.. termasuk mummy.. daddy x tau pulak sbb dia mmg jarang bersuara kalau bab2 ni.. kadang aku pon pelik jugak... perasaan cuak sbb belum kawen tu mcm jarang2 je singgah kat hati ni.. perasaan tu akan singgah biasenye bila tgk baby2 comel je.. kadang2 rase cam nak adopt anak angkat je..

entah la..