PAUSE HERE
Showing posts with label Cerita Semalam... Show all posts
Showing posts with label Cerita Semalam... Show all posts

Friday, September 9

Moga Dipermudah Urusan Mereka..

Coretan hidup seorang guru bukan hanya mengajar di dalam kelas... walau aku bukanlah jenis yang disayangi dan mesra dengan pelajar sangat pon.. tapi kisah perjalanan hidup mereka ni terkadang menyentuh emosi jugak... Bila berpeluang memegang title guru kelas atau guru pengiring pelajar ke mana-mana pertandingan atau bengkel.. secara x langsung tugasan tu membuatkan kita sedikit rapat dengan mereka..

Melihat kudrat mereka mengharungi pancaroba dunia tanpa sempadan hari ini kadang membuatkan aku bersyukur kerna diberi peluang melihat dunia lebih awal. dengan erti kata lain, lahir pada zaman yang manusia masih lagi dididik dengan nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi. ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.. sudah lah terpaksa berdepan dengan kerakusan dunia... ada di antara mereka yang secara tiba-tiba hilang tempat untuk berpaut..

Satu pagi yang hening.. saat aku masih bermalasan untuk bangun membersihkan diri... tut tut.. 4.49 pagi.. sape pulak la yang rajin hantar msg pagi2 buta ni...

"assalamualaikum cg... hari ni sy tak dapat datang sebab mak saya 
baru hembuskan nafas dia yang terakhir pukul 4.30 pagi td.."

terbayang muka pelajar ni.. walaupun aku x pernah berpeluang ajar die.. tapi hampir 2 bulan memegang title guru pengiring team mereka buat kan aku sedikit terkesan.. dari pemerhatian aku.. budak nye senyap... tapi aktif dalam pelbagai lapangan sukan.. 

wahai anak... moga kau terus tabah dalam mengharungi laluan hidup yang kau pilih... terus buat yang terbaik dan menapak yakin di jalan yang diredai.. moga perjalanan mu dipermudah.. jangan malu tuk gugurkan air mata di saat terkenang ibu mu... tapi jangan lupa untuk bangun semula.. terus mara menongkah arus dunia... selamat maju jaya cikgu ucapkan.. yakin diri.. kejayaan pasti menghampiri..

Saturday, October 23

AKU BUKAN JODOHNYA...

 ini salahku.. terlalu memikirkan egoku..
tak mampu membuatmu bersanding nyaman denganku..
hingga kau pergi tinggalkan aku

terlambat sudah.. kini kau tlah menemukan dia..
seseorang yang mampu membuatmu bahagia..
ku ikhlas kau bersanding dengannya..

aku titipkan dia.. lanjutkan perjuanganku tuk nya
bahagiakan dia.. kau sayangi dia.. seperti ku menyanyanginya..
kan ku ikhlas kan dia.. tak pantas ku bersanding dengannya..
kan ku terima dengan lapang dada.. aku bukan jodohnya..


    ego memang sukar diertikan dan dimengertikan.. atau mungkin sebenarnya bukan ego sebabnya.. tapi cuma sekeping hati yang sentiasa rasa dirinya tidak sempurna.. dan akhirnya akibat rasa itu, semua yang mungkin boleh jadi milik kita.. akhirnya perlahan-lahan pergi tanpa kita sedari... dan apabila kita mula menyedari nya.. semuanya telah terlambat...

    betul kata orang.. perpisahan mungkin titik pertemuan sesuatu yang baharu.. dia akhirnya bertemu insan yang lebih sempurna.. insan yang mampu buat dia bahagia.. insan yang lebih dia sayangi.. memang haruslah.. masakan dia tega pergi kalau dia masih sayangkan kita.. atau mungkin bagi dia kita cuma sekadar teman.. teman buat dia singgah sebelum jumpa yang dia sungguh inginkan..

    ihklas.. kadang bukan mudah untuk kita betul-betul ikhlaskan hati.. terkadang melepaskan dengan rela hati tu umpama kita ikhlaskan hati untuk disakiti.. mendoakan dia tak bahagia? jujurnya aku pernah dalam situasi tu... tapi setelah semakin dewasa.. aku mula sedar.. doakan ketakbahagiaan dia.. buatkan kebahagiaan juga semakin jauh dari aku..

    masih mengharap? mungkin.. masih rasa diri tak sesempurna insan yang dia pilih hingga sanggup tinggalkan kita? mungkin.. merasakan orang lain pun sama seperti dia.. hingga membuatkan kita sukar untuk terima yang lainnya? mungkin... walau masih di sini.. masih punya rasa seperti dahulu.. tapi pertambahan usia buatkan aku mula terima dengan lapang dada yang aku bukan jodohnya...

    kan ku ikhlas kan dia... lanjutkan perjuanganku tuk nya.. bahagiakan dia... kau sayangi dia.. seperti ku menyayanginya.. kan ku ikhlaskan dia.. kan ku terima dengan lapang dada.. aku bukan jodohnya.. mungkin sampai masa nanti aku pun akan jumpa insan yang menyayangi aku lebih dari dia.. mungkin...

mungkin.. mungkin bila nanti..
kita akan bertemu lagi...

    tidak.. aku tidak mengharapkan dan tidak menginginkan pertemuan sekali lagi.. walaupun dalam mimpi.. cukuplah sampai di sini.. 



Sunday, January 17

Kisah hidup mereka...

 MCO DAY 5..

sekolah masih berbaki beberapa hari je lagi.. walaupun hanya melibatkan murid spm 2020 di tahun 2021 ni.. dengan penularan pandemik covid-19 yang masih tak menunjukkan tanda2 akan berlalu pergi ni.. semua orang perlu sedar dan perlu ada kesedaran dalam diri.. dalam usaha untuk bersama-sama menangani pandemik ni dan usaha untuk melancarkan kelangsungan hidup.

ok.. haha bukan nak cakap pasal tu pun.. sebenarnya nak cakap pasal siaran ulangan istimewa lejen ni. baru-baru ni pon one of my ex student ade upload status berkaitan kes along spoon.. lepas tu td pengacara ade sebut pasal vokalis kumpulan massa atau scarecrow yang meninggal di usia yang agak muda la bagi aku.. 32 tahun.. so aku pon dengan terujanya google la punca kematian zul scarecrow ni..


Zulkifli Mat Amin

Arwah Zulkifli Mat Amin atau Zul merupakan vokalis kumpulan Masa Scarecrow yang terkenal dengan lagu 'Patahnya Sayap Malam'. Arwahyarham mengasah bakat seninya ketika belajar dan menetap di asrama Sek. Men. Alor Akar Kuantan. 

Arwahyarham meninggal dunia pada 16 Julai 1996 pada usia 32 tahun akibat koma hampir 2 minggu di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan selepas dibelasah sekumpulan lelaki yang tidak dikenali di tempat letak kereta sebuah hotel di Balok tanpa belas kasihan. Arwah mengalami kecederaan teruk di muka dan usus akibat insiden itu dan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan sepanjang menjalani rawatan rapi di hospital berkenaan. 

Mungkin ramai yang mengetahui punca arwah dibelasah. Sebenarnya arwah Zul telah dianiaya oleh rakannya sendiri. Mungkin kerana iri hati terhadap arwah. Sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah buat mereka yang telah pergi.
Cerita yang lebih detail di sini

 lebih kurang kisahnya dengan along spoon.. berkait dengan perempuan..


Sabi'ul Malik Shafiee @ Along Spoon

Arwahyarham terkenal dengan kelunakan suaranya ketika menjadi vokalis kumpulan Spoon. Lagu Rindu Serindu Rindunya adalah antara lagu paling famous Spoon di zaman Rock leleh suatu ketika dulu.

Arwah Along Spoon dibunuh di tempat lain sebelum diikat ke dalam guni dan ditinggalkan di Km 28 Jalan Kuala Klawang- Genting Peras Jelebu. Polis menjumpai rangka mayat Along Spoon pada 6 Januari 2000 berhampiran gaung. Seingat gua, insiden itu berlaku dalam bulan puasa ketika umat sedang sibuk bersedia untuk menyambut hari lebaran dan usia arwah Along ketika itu 19 tahun.

Seorang anggota polis berpangkat L/Koperal, Mohamed Ya'cob Demyati dari cawangan pengawal pengiring IPPKKL telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah tinggi atas tuduhan membunuh arwahyarham Along Spoon.
nak cerita detail boleh baca kat sini 

walau ape pon kisahnya... ceritanya.. isunya.. harap sesiapa pun bertindaklah dengan batas agama.. dengan kewarasan akal fikiran.. sebab bab2 berkaitan dengan nyawa ni mmg takkan boleh diputar semula.. 


Tuesday, December 23

maaf..

maaf.. jika ku terlalu selesa..
maafkanlah jika x mampu berpisah..
telah ku cuba.. tersiksa x terdaya.. terasa..
bukan memaksa.. bukan juga ku meminta..

maaf.. jika cintaku x kan mati..
maafkanlah jika aku x kan pergi..
takkan ku mampu berhenti..
takku izin simpati.. hanya mengerti..
hanya kau utuh di hati..

andai bisa ku ingin jadi air mata..
terbit di mata.. matiku di bibir..
walau cuma seketika bersamanya..
namun hingga hujung nyawaku.. mencintainya..

maaf.. jika ku semakin setia..
maafkanlah.. jika kau takkan ku lupa..
telah ku pinta.. biarlah x berubah hatinya..
maafkan kerana.. benar aku amat cinta..

x penah dengaq pun lagu nie.. tapi suke lyric die.. maaf jika kau takkan ku lupa.. maaf kerana.. sebenaq nya.. x de pon kenangan manis or kenangan sweet pon dengan awak.. but.. honestly.. tetibe rase rindu plak nak chat ngan awak.. walaupun sebenaq nya awak bukan rajin sangat pon nak layan sye sembang.. haha.. like i care.. sometimes tu nampak sangat yang awak macam malas nak layan pon.. tapi yang pasti.. awak banyak menasihati.. menegur.. dan mengingatkan.. "jangan buat cam nie nnt org bla bla bla... jgn treat org cam nie nanti bla bla bla.. jangan cakap cam tu kat org lain.. nanti bla bla bla.. percaya diri.. fokus.. jangan pk lebih2 nnt bla bla bla" dan selalunye jugak.. awak yang akan tamatkan that conversation.. 

tau awak boring.. selalu marah2.. sbb awak cakap.. sye selalu cakap x habis.. lepas tu bila awak tanya balik.. sye pon dah lupe dah ape yang nak cakap.. entah la.. tu mmg the real me.. nak cakap tapi x pernah yakin diri.. sebab setiap kali pandang sekeliling.. terlalu ramai orang yang sangat perfect.. jadi makin hari.. keyakinan dalam diri semakin menipis.. lagi pun awak sendiri penah cakap.. if u like someone.. u the one yang akan take the first step.. so dari situ sye buat kesimpulan sendiri yang memang x kan ada ruang 4 me.. but then.. i still suka nak sakat n sembang dengan awak.. 

sampai la satu ketika sye rasa dh cukup kuat sangat nak bg tau apa yang betul2 sye nak awak tau.. tapi bila awak tanya2.. keyakinan tu hilang terus.. sye ingat lagi ayat tu.. "cepat la bagi tau.. takut nanti terlambat.." waktu tu mmg x terlintas apa2 dalam fikiran.. n sangat tak sangka tu rupenye our last conversation.. n there's no good bye... apa yang sye tau.. TERLAMBAT.. yes.. tau2 je rupanya awak dah bertunang n x lama lepas tu kawin.. menyesal?? entah la.. mula2 ade sedikit ralat dan terkejut.. apepun.. harap awak bahagia..