PAUSE HERE
Showing posts with label Diari Cikgu Sekolah... Show all posts
Showing posts with label Diari Cikgu Sekolah... Show all posts

Friday, September 9

Moga Dipermudah Urusan Mereka..

Coretan hidup seorang guru bukan hanya mengajar di dalam kelas... walau aku bukanlah jenis yang disayangi dan mesra dengan pelajar sangat pon.. tapi kisah perjalanan hidup mereka ni terkadang menyentuh emosi jugak... Bila berpeluang memegang title guru kelas atau guru pengiring pelajar ke mana-mana pertandingan atau bengkel.. secara x langsung tugasan tu membuatkan kita sedikit rapat dengan mereka..

Melihat kudrat mereka mengharungi pancaroba dunia tanpa sempadan hari ini kadang membuatkan aku bersyukur kerna diberi peluang melihat dunia lebih awal. dengan erti kata lain, lahir pada zaman yang manusia masih lagi dididik dengan nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi. ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.. sudah lah terpaksa berdepan dengan kerakusan dunia... ada di antara mereka yang secara tiba-tiba hilang tempat untuk berpaut..

Satu pagi yang hening.. saat aku masih bermalasan untuk bangun membersihkan diri... tut tut.. 4.49 pagi.. sape pulak la yang rajin hantar msg pagi2 buta ni...

"assalamualaikum cg... hari ni sy tak dapat datang sebab mak saya 
baru hembuskan nafas dia yang terakhir pukul 4.30 pagi td.."

terbayang muka pelajar ni.. walaupun aku x pernah berpeluang ajar die.. tapi hampir 2 bulan memegang title guru pengiring team mereka buat kan aku sedikit terkesan.. dari pemerhatian aku.. budak nye senyap... tapi aktif dalam pelbagai lapangan sukan.. 

wahai anak... moga kau terus tabah dalam mengharungi laluan hidup yang kau pilih... terus buat yang terbaik dan menapak yakin di jalan yang diredai.. moga perjalanan mu dipermudah.. jangan malu tuk gugurkan air mata di saat terkenang ibu mu... tapi jangan lupa untuk bangun semula.. terus mara menongkah arus dunia... selamat maju jaya cikgu ucapkan.. yakin diri.. kejayaan pasti menghampiri..

Saturday, July 9

Simpan Sini Buat Kenangan ; Handball MSSD Keramat 2022

tahun ni.. sekali lagi sis kena pegang kelab handball sekolah... setelah beberapa tahun hanya perjumpaan secara online... tahun ni tetiba dah mula balik kejohanan... tanpa kawan yang memang pakar handball.. sebab dh pindah ke sekolah lain... memang jujurnya terkontang kanting sis... ye la sejak dari sekolah sis mana nak join sukan2 ni.. main bola tampar tu pon suka2 je.. setakat wakil rumah sukan je pon.. tambah lagi.. matahari dan sis bukan lah kawan baik pon... acah2 puteri lilin gitew... ye la muka dah la x lawo.. kang kalau rentung lagi lah x tau nak kata apa.. 

so berbalik pada kejohanan handball tu.. di sebabkan sekolah sis adalah antara penganjur.. so PK Koko kata kami kena hantar empat team.. which is.. dua2 team lelaki dan perempuan untuk bawah 15 ngan bawah 18... dah la buta handball.. kena hantar 4 team pulak tu... adoi... nasib baik masih berbaki murid2 yang penah berguru ngan pakar handball kat sekolah ni.. so satu kelegaan jugak buat sis..

berpanas berhujan teman kekanak ni training.. tq sangat sebab mereka sangat komited.. cuma yang under15 tu mcm pening sket.. sebab banyak main.. yang under18 terima kasih sangat cikgu ucapkan.. sebab sangat komited.. walaupon cikgu x berapa rapat sangat dengan korang.. ye la.. cikgu bukan nyer orang2 sukan n bukan jugak cikgu tik tok yang dikerumuni oleh anak2 murid.. hehe.. tq to my partner jugak.. walau di saat2 akhir kecundang sebab covid.. so terkontang kanting semula sis...

nasib ada kawan2 lain yang datang membantu beri tunjuk ajar kat kekanak ni.. n tolong tengok2 kan diorang training masa sis pun kecundang sebab telinga bengkak.. tq jugak to ex student yang datang bantu cikgu train adik2 korang ni... dan akhirnya semua penat lelah tu terbalas jugak... walaupun kedua2 team under15 kecundang.. tapi team under18 menyejukkan hati walau terpaksa berpanas 2 hari rampai rentung x boleh bawak bincang...

lepas ni kita bincang balik jadual training untuk ke peringkat negeri ye...tahniah semua...






Sunday, March 27

Perpisahan...


Orang kata, pertemuan dan perpisahan lumrah kehidupan.. tapi terkadang perpisahan tu memberikan kesan yang boleh mengganggu emosi kita.. perpisahan yang dirancang atau terancang mungkin kurang memberikan impak.. sebab at least kita dan sedikit bersedia dengan perpisahan yang bakal menjelag tiba... tapi bila perpisahan melibatkan situasi yang kita tidak terjangka.. impaknya sukar ditafsirkan.. terima kenyataannya... mahu atau pun tidak.. bersedia atau pun tidak.. kita perlu menghadapinya..

sama dengan situasi di sekolah.. bila sorang demi sorang pergi meninggalkan seksyen 2.. ada yang melangkah dengan rela hati.. ada juga perpindahan yang tidak dijangka.. hari2 mendatang seakan terlakar kisah yang baharu buat mereka... orang kata.. patah tumbuh hilang berganti.. tapi dalam umur2 ni... membuka ruang untuk menerima rakan yang baharu seakan lambat terbuka.. bukan kerana sombong atau apa.. kerana manusia hari ini semakin sukar untuk dibaca...

buat rakan2 yang berhijrah ke tempat baharu.. moga terus cemerlang melakar kegemilangan.. ku harapkan cuma satu.. ingatlah persahabatan yang pernah kita sulam di seksyen 2...



Monday, December 24

BOSS VS LEADER...

dari pemerhatian dan pengalaman aku.. lately ramai orang berpangkat ni mula jalan mendongak langit.. perwatakan 360 darjah berputar.. sama juga dengan bahasa dan intonasi yang dilontarkan.. harap2 kalau aku berpeluang mcm tu aku tak begitu mendongak ke langit.. ye la hidup kita ni kan umpama roda.. kita x selamanya berada di bawah dan juga tak selamanya berada di atas..

pernah bekerja di bawah beberapa ketua.. buat aku dapat lihat perbezaan antara seorang ketua dan seorang pemimpin.. pemimpin yang aku kenal x pernah lokek dengan ilmu.. ilmu intelektual mahupun ilmu dalam kehidupan.. penuh dengan nasihat dan sifat ambil berat seorang ayah.. kehilangan yang sangat dirasai oleh kami semua.. sentiasa terbayang keletah arwah.. sentiasa terngiang2 nasihat arwah.. walau x lama bersama kami.. namun di segenap sudut sekolah punya memori yang sentiasa kami ingat bersama arwah. walau selama berbulan2 memantau kerja kami dari katil hospital.. kami berjaya.. kami percaya..

pengalaman bekerja di bawah boss membuat kan aku sentiasa berangan2 nak jadi macam drama2 melayu masa kini.. orang yang bukan siapa2 boleh bermimpi dan perlu bijak mencari peluang untuk dapat kemewahan tanpa bersusah payah.. namun aku sedar.. aku tak punya rupa dan tak punya pakej untuk jadi seperti mereka.. makanya aku la antara orang yang terpaksa menebalkan muka.. memekakkan telinga.. membanting tulang empat kerat untuk hidup selesa seadanya..

betullah kata orang boss selalu menggunakan ungakapan 'saya' bukannya 'kita'.. selalu mempersoalkan integriti orang lain.. tapi dia lupa.. orang sekeliling juga memerhati dan menilai integriti mereka.. sering memomokkan supaya sentiasa menjaga hubungan dengan murid dan ibu bapa.. tapi dia sedarkah adakah dia pernah menjaga hubungannya dengan anak2 buahnya?

tah la.. malas dh nak taip..


Monday, May 1

s y u k u r . . .

lately.. banyak tul kisah2 konflik antara ibu bapa ngan cikgu2.. pelajar ngan cikgu tu x yah cakap la.. mmg banyak konflik pong.. jujur nya sedikit sebanyak cerita2 yang x sedap didengar ni menghakis keikhlasan mendidik anak2 ni.. bukan nak tunding jari kat sesape.. tapi tu la.. tepuk dada tanya diri sendiri... rasanya pon cikgu xde la gila sangat nak marah anak orang tanpa sebab.. kan kan kan.. tapi tu la manusia kan.. tinggi tahap mana pon kesabarannye...

ye.. aku berat ke belah cikgu sebab aku pon cikgu gak.. aku pon xde la nak salahkan didikan mak bapak sebab dalam dunia hari ni.. masing2 sibuk mengejar masa mencari rezeki tuk anak2.. kadang x perasan keadaan ni membuatkan anak2 lebih banyak luangkan masa ngan kawan2.. kawan2 yang kita x sempat nak tgk perangai n latar belakang yang macam mana.. akibat nak menutup kekangan masa yg kita luangkan dengan anak2.. makanya kita percaya 100% kata dan aduan anak2 tanpa usul periksa..

tgk aje la kes budak2 sekolah rendah nak merompak kedai dobi... kes anak sekolah panggil geng2 belasah penjual akibat ditegur kerana ponteng sekolah... cikgu2 kat sekolah kena maki hamun sebab tegur n denda anak2 kesayangan yang x siapkan kerja rumah x yah cakap la.. abis tu.. macam mana cikgu nak tolong didik anak2 yang kurang didikan nie agak nye ye.. bila dah besar.. kepala dah sekeras batu.. time tu ko baru nak mintak org tolong tegur2 anak kau... mmg x la kan... kang ade kene bunuh pulak..

tp alhamdulillah.. so far anak2 didik sy masih boleh terima teguran.. masih mendengar kata.. walau terkadang diorang ni menguji kesabaran jugak... sy selalu berpesan pada anak2 ni...
"awak.. kalau cikgu2 marah awak.. tergur awak.. awak kene bersyukur.. sebab itu maknanya semua orang masih amik peduli pasal awak.. ambik berat pasal awak.. sayangkan awak.."
"nnt satu ketika.. bila masa awak tau awak buat salah.. tapi xde orang pon marah2 awak.. tegur awak.. masa tu awak kene kesiankan diri awak.. sebab masa tu orang mmg dah x nak ambik peduli pasal awak.. lantak awak la nak jadi ape pon masa tu.."
ape pun.. sebagai cikgu sy tetap akan mendoakan anak2 didik saya.. agaknye macam ni la cikgu2 sy dulu rase.. tapi sy xde la nakal sangat pon mase sekolah.. haha.. dok asrama dari form 1.. jauh di ceruk dunia pulak tu.. jadi cikgu2 memang my guardian angel okey.. ni nak share sikit gambo ngan anak2 didik ku.. walau dalam kelas macam singa.. tp ade masa2 boleh bergelak dan bergurau ngan deme.. moga terus membesar menjadi anak2 cemerlang...

 

 


Monday, December 28

hi 2016...

rase cam x sabar nak 2016.. tapi sedih pon ade.. sebab maknanya umur akan meningkat satu tangga lagi... n i'm still single mingle okey... sedih kan.. tgk pulak my ex students yang baru nak kenal dunia sibuk2 dok share post dah p kursus kawen bagai... aku pon x g lagi.. haha.. one og my beloved single mingle friend pon nak kawen dah 1 january nie... happy 4 her.. sedih 4 me.. huhu..

kegembiraan nak masuk tahun baru dengan azam baru sedikit tercalar lepas 1st meeting siang tadi... antara sebab nya is.. dapat tugas yang mengkehendakkan aku berurusan dengan orang2 yang sedikit tidak berkenan di hati... bencinyer... lepas tu jadual aku tuk tahun 2016 ni pon cam kucar kacir sket.. why me???

ok setakat nie... rase sangat tidak best untuk memulakan tahun 2016.. ok bye..




Wednesday, June 18

Mohon perhatian ye..

biase x dengar nazir komplain kalau cikgu duduk masa dalam kelas.. kesalahan besar katenyer.. ok la di terima.. sbb tugas guru pon mengajarkan.. dari pemerhatian pon kalau cikgu berdiri ni murid kurang sket bercakap n bagi tumpuan lebih sket.. n tunjuk rasa hormat sket.. tu yang penting..

tapi bukan nak bercakap pasal cikgu duduk dalam kelas.. tapi berkaitan penceramah yang memberi ceramah kepada pelajar2 sekolah... mohon maaf terlebih dahulu kalau tersalah bicara.. dari pemerhatian saye.. pelajar nie die x kire penceramah tu orang baru ker.. orang yang berpangkat tinggi ker.. orang selalu masuk tv ker.. orang muda ke.. or orang tua sekali pon.. apa yang penting ialah.. cara penyampaian diorang dengan cara diorang approach students..

sbb pernah lihat.. orang yang well known.. selalu masuk tv.. yang khabarnya punya hujah2 yang memberangsangkan.. tapi bila dijemput beri ceramah kepada pelajar sekolah.. gagal.. bukan sebab isi ceramah nye yang tidak bagus.. cuma.. cara penyampaian nya tidak sesuai dengan tahap pelajar sekolah.. laras ayat nya terlalu tinggi.. penyampaiannya terlalu formal.. tiada langsung unsur2 humor.. lantas pelajar2 di bahagian belakang mula bersembang sesama sendiri.. n tolong jangan duduk masa bercakap.. bila penceramah duduk.. pelajar tumpuannya akan beralih 99%..

itu dari pemerhatian saye la.. x tau la kalau sekolah2 lain pelajarnya terlalu baik dan tak buat bising.. tapi rasenye kebanyakan pelajar semua macam tu.. so kenalilah penonton anda jika ingin diberi perhatian.. sbb bebudak nie approach nyer kene mcm2 sket.. dalam satu kelas pon mcm2 pe'el.. inikan satu dewan kan.. so fikir2kan la kesabarah cikgu nak melayan anak2 korang nie... #cubahargaisket




Tuesday, June 17

kenape malas sgt nak fikir guna otak..

Lately selalu terfikir2.. kenape ye bebudak sekarang sayang betul nak guna otak n akal fikiran untuk berfikir dengan waras.. adakah bila setiap kali otak n akal fikiran digunakan untuk berfikir dengan waras maka umur mereka makin singkat sehinggakan takut untuk menggunakan kurniaan terindah tu..

 Cuba tgk jawapan nie..

 

Ni jawapan budak form 4.. bukan budak form 1.. n nie baru soklan sivik.. dah malas nak guna otak n akal.. cuba bayang kalau subjek lain yang kebanyakannya subjektif.. apa agaknya yg diorang tulis.. atau mungkin kah makhluk2 ini tidak dikurniakan akal fikiran sebaliknya nya hanya ada otak sahaja.. Korang tau kan.. makhluk lain pon dikurniakan otak.. cuma manusia diangkat lebih tinggi kerana dikurniakan akal fikiran untuk bertindak dan berfikir dengan waras.. sangat kasihan budak2 macam nie.. dah la ketandusan adab dan disiplin diri.. ketandusan intelektual lagi.. rupe pon tidak la seberapa... macam mana la nak memegang tampok negara di masa hadapan..

 #risaurisau #sedarlahwahaianakbangsa #mohonterasa

Wednesday, December 4

Kek oh kek..

seronok x jadi cikgu?? entah ye.. kadang seronok.. kadang x.. biase la.. keje ape2 pon macam tu kan.. ada certain2 bende yang kita suka buat n ade bende yang kita x suka buat kan.. sekarang nie tambah lagi ade bende yang x masuk akal tapi kene buat.. ape nak buat kan.. Yang Menurut Perintah.. so sini nak share sket seronok jadi cikgu.. cerita lama dah nie.. awal tahun hari tu.. tapi biase la.. bukan rajin nak story mory kat sini.. time2 cuti cam nie la rajin sket nak ngadap bende alah nie..

ni la anak2 tahun nie.. kelas aliran agama gitu..
sangat terharu sbb diorang belikan kek even lambat sket..

yang lelaki biase la.. melantak jek..

thanks again 4 the cake.. sangat sedap..

nyum nyum.. sory i x suke strawberri..
so i makan anggur.. pelik atas kek letak anggur kan..