PAUSE HERE

Sunday, January 17

Kisah hidup mereka...

 MCO DAY 5..

sekolah masih berbaki beberapa hari je lagi.. walaupun hanya melibatkan murid spm 2020 di tahun 2021 ni.. dengan penularan pandemik covid-19 yang masih tak menunjukkan tanda2 akan berlalu pergi ni.. semua orang perlu sedar dan perlu ada kesedaran dalam diri.. dalam usaha untuk bersama-sama menangani pandemik ni dan usaha untuk melancarkan kelangsungan hidup.

ok.. haha bukan nak cakap pasal tu pun.. sebenarnya nak cakap pasal siaran ulangan istimewa lejen ni. baru-baru ni pon one of my ex student ade upload status berkaitan kes along spoon.. lepas tu td pengacara ade sebut pasal vokalis kumpulan massa atau scarecrow yang meninggal di usia yang agak muda la bagi aku.. 32 tahun.. so aku pon dengan terujanya google la punca kematian zul scarecrow ni..


Zulkifli Mat Amin

Arwah Zulkifli Mat Amin atau Zul merupakan vokalis kumpulan Masa Scarecrow yang terkenal dengan lagu 'Patahnya Sayap Malam'. Arwahyarham mengasah bakat seninya ketika belajar dan menetap di asrama Sek. Men. Alor Akar Kuantan. 

Arwahyarham meninggal dunia pada 16 Julai 1996 pada usia 32 tahun akibat koma hampir 2 minggu di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan selepas dibelasah sekumpulan lelaki yang tidak dikenali di tempat letak kereta sebuah hotel di Balok tanpa belas kasihan. Arwah mengalami kecederaan teruk di muka dan usus akibat insiden itu dan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan sepanjang menjalani rawatan rapi di hospital berkenaan. 

Mungkin ramai yang mengetahui punca arwah dibelasah. Sebenarnya arwah Zul telah dianiaya oleh rakannya sendiri. Mungkin kerana iri hati terhadap arwah. Sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah buat mereka yang telah pergi.
Cerita yang lebih detail di sini

 lebih kurang kisahnya dengan along spoon.. berkait dengan perempuan..


Sabi'ul Malik Shafiee @ Along Spoon

Arwahyarham terkenal dengan kelunakan suaranya ketika menjadi vokalis kumpulan Spoon. Lagu Rindu Serindu Rindunya adalah antara lagu paling famous Spoon di zaman Rock leleh suatu ketika dulu.

Arwah Along Spoon dibunuh di tempat lain sebelum diikat ke dalam guni dan ditinggalkan di Km 28 Jalan Kuala Klawang- Genting Peras Jelebu. Polis menjumpai rangka mayat Along Spoon pada 6 Januari 2000 berhampiran gaung. Seingat gua, insiden itu berlaku dalam bulan puasa ketika umat sedang sibuk bersedia untuk menyambut hari lebaran dan usia arwah Along ketika itu 19 tahun.

Seorang anggota polis berpangkat L/Koperal, Mohamed Ya'cob Demyati dari cawangan pengawal pengiring IPPKKL telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah tinggi atas tuduhan membunuh arwahyarham Along Spoon.
nak cerita detail boleh baca kat sini 

walau ape pon kisahnya... ceritanya.. isunya.. harap sesiapa pun bertindaklah dengan batas agama.. dengan kewarasan akal fikiran.. sebab bab2 berkaitan dengan nyawa ni mmg takkan boleh diputar semula.. 


Monday, November 9

B O B I T ~~ 8 NOVEMBER 2020

pagi ni dapat call dr vet yg kata bobit dh xde.. semlm pegi tgk lagi tu.. bobit nampak lemah.. tp bila panggil banyak2 kali.. 2 3 kali die bukak mata.. cuba nak bangun.. tp x berdaya... y bobit.. what happen 2 u.. sy dh banyak kali pesan ngan awak..  keluar jangan makan sebarang2.. jangan gaduh2.. awak bukan muda lagi... petang g tgk lagi.. diorang tutup cage awak dgn kain.. jantung sy mcm nak luruh je time tu.. diorang kata awak stress bila tgk orang lalu lalang... sy tau awak mmg cepat stress kalau x sihat... tp awak kena kuat kan bobit... sy dh pesan awak kena kuat...


tapi pagi ni sy x sempat g tgk awak.. awak pegi tinggal kan sy.. sapa yang nak jadi bayang2 saya... sape yang nak main kejar2 n nyorok2 ngan saya... sape yg saya nak panggil balik petang2.. sape yg tetiba2 nak gigit kaki sy... n sape yang setia nak tunggu sy balik sekolah lepas ni...

   

  

i love u bobit... i will always love u...
mungkin ni yg terbaik tuk awak.. 
moga tenang kat sana..

Saturday, September 19

B E R A T..

berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul..
berat lagi hati yang menanggung umpatan dan kejian..

itulah lumrah hidup manusia di muka bumi Allah ni.. ada golongan yang memikul beban yang berat... ada golongan yang hanya melihat betapa tersiksanya golongan yang terpaksa memikul bebanan.. ada golongan yang berhati suci membantu meringankan bebanan tersebut.. tapi dunia hari ni.. yang banyaknya ialah golongan yang terpaksa memikul umpatan dan kejian netizen.. walau kadang berat tu tak kelihatan.. tapi sedarkan mereka bahawa betapa beratnya sekeping hati nak memikul bebanan yang digelar cacian dan makian.

untung lah seorang insan jika dilahirkan sesempurna yang diimpikan oleh semua orang... raut wajah yang cantik.. kulit yang mulus... bentuk badan yang menarik... senyuman yang menawan... suara yang gemersik... walau punya hati sehitam arang... itu tidak menjadi masalah.. kerana makhluk yang bernama manusia hari ini hanya mengejar apa yang sempurna di mata... sehitam mana hati.. seburuk mana akhlak.. sudah tidak menjadi taruhan.. itulah manusia hari ini...

saban hari.. berlegar-legar di media-media sosial.. anak gadis yang bangga memuat naik video2 tiktok.. bangga dengan kesempurnaan yang dikurniakan... bergelek sana sini.. menayang itu ini.. tidakkah ibu bapa mereka melihat semua itu? atau pun mungkin mereka bangga punya anak gadis sesempurna itu.. baru-baru ni ditambah pula dengan isu2 yang lebih sensitif... anak muda yang sempurna ini semakin berani memaparkan aksi2 yang tidak bermoral.. bukan anak muda sahaja... orang2 dewasa yang kadang sudah lanjut usianya tapi masih secantik bidadari katanya... bangga menayang itu dan ini... bangga katanya.. diusia sebegitu masih bergetah...

wehhh... aku bukan nak cerita pasal tu... haha... 

ok ceritanya pasal aku... berat mata memandang.. berat lagi sebenyarnya lutut aku ni nak menanggung bebanan... aku rasa.. aku dah sampai tahap malas nak bergerak ke mana-mana.. rasa macam dh berat sangat dah lepas pkp ni... sebelum tu pun mmg dh sedia berat... ni tambah2 lagi berat... sampaikan banyak baju yang dh x memberi kerjasama dah...

nak senaman malas... tapi mulut asyik nak mengunyah je... ape cerite tu... aduh.. kome doakan la sis rajin2 kan diri senaman ek.. x pun doakan sis kurangkan sket mengunyah... hehe


Tuesday, August 11

Nak No Tepon Boleh?

x tau nak tulis apa sebenarnya.. sebenarnya.. senang ke susah kita nak bagi phone number dekat orang ek.. maksudnya.. bukan kita x kenal langsung orang tu.. tapi nak kata kenal sangat pon tidak la... just tau nama dia.. n penah la satu sekolah or satu taman dengan dia dulu... kalau sama jantina mungkin senang kot.. tapi bila lain-lain jantina ni rasa macam janggal pulak ek... tapi kalau sis secantik siti nurhaliza.. rasanya sis terus je mintak no phone die.. hehehe..

sis ni nama je hidup di zaman millenium serba canggih ni.. tapi pemikiran sis masih terikat ngan mentaliti orang dulu-dulu.. mentaliti yang perigi tak elok p cari timba.. tapi masalahnya sekarang perigi ni dah banyak sangat... pastu timba2 yang elok payah la nak jumpa dah... plus perigi yang dah ada timba pun sibuk la dok cari timba lagi... abis tu cam ne... hehehe..

dalam mentaliti macam orang dulu2 pun.. sis rasa macam sis dah bagi banyak hint kat dia... tapi entah lah..

ok next...