PAUSE HERE

Wednesday, December 29

K e k u a t a n . . .

    Tanpa disedari.. kini kita kembali menghitung detik melangkah ke tahun baharu... 2022.. tanpa sedar jugak.. kita turut menghitung pertambahan usia setahun lagi.. pertambahan usia yang masih mengunci kita di fasa kehidupan yang sama... sedang kalau diperhati sekeliling.. kawan2.. sedara mara.. sepupu sepapat.. malahan anak2 murid.. ramai yang telah melangkah ke fasa kehidupan yang baharu.. dan aku... masih teguh terkunci di fasa ini... sedih? malu? marah? relax? entah.. kadang aku pun tak pasti sama ada aku punya emosi atau betul telahan rakan2 yang aku mmg dilahirkan tanpa emosi...

    Jauh di sudut hati sejujurnya... aku memang terkesan dengan semua perubahan yang berlaku di sekeliling aku.. mungkin juga pertambahan usia membuatkan aku cuba untuk sentiasa kelihatan tenang dan matang secara luarannya.. namun.. sejujurnya aku tak kuat dan tak pernah kuat seperti tanggapan orang terhadap aku.. jika aku diam... jika aku menjauhkan diri dari semua orang.. tika itu bermakna hati aku sedang menangis... tika itu aku sedang memujuk hati sendiri agar terus kuat.. walau lately aku rasakan aku perlukan lebih masa kadang berhari untuk cuba memujuk hati sendiri.. mungkin faktor usia membuatkan hati ini tak seteguh yang dulu lagi.. kini hati ini cepat tersentap.. hati ini mudah menangis.. kian mudah terhiris..

    Kalau dulu... aku rasakan aku sudah cukup kuat mendepani kehidupan ini.. aku bisa mandiri... aku hampir mampu dapatkan apa2 yang aku inginkan dengan hasil keringat aku sendiri.. aku mama abah yang sentiasa mendampingi aku.. aku punya adik2 yang boleh payung jika aku perlukan.. aku masih punya kawan2 dalam liga yang sama yang sentiasa ada bersama-sama aku.. tapi... itu semua dulu... dulu sebelum kita dilanda pandemik covid-19 yang seakan tiada penghujungnya..

    Selepas melalui pelbagai fasa kawalan pergerakan.. aku rasakan seakan dunia berubah hampir 360 darjah.. bukan setakat perubahan fizikal.. termasuklah perubahan jiwa.. perubahan sosial.. kadang aku rasa semua orang semakin menjauh dari aku.. kawan2 yang tiba2 ramai berubah status ke fasa baharu semakin menjauhi aku.. ya bukan salah mereka.. kini mereka punya tanggungjawab yang lebih utama.. perubahan-perubahan ini ku rasakan semakin tambah memudarkan kecekalan hati aku.. baru kini aku rasakan yang aku memang kesorangan.. sorang2 tanpa insan yang betul2 boleh aku berpaut..

    Bila semua perkara tersandar di bahu aku... semua perkara terpaksa aku fikirkan kan.. aku selesaikan... tika insan2 yang rapat dengan aku satu masa dulu yang kian menjauh akibat punya tanggungjawab baharu... aku rasa aku sudah tak cukup kuat.. tapi aku perlu kuat untuk mama abah yang kian menyusut kesihatannya.. aku perlu kuat untuk aku mandiri.. namun.. segala kelemahan dan kekurangan diri.. aku semakin hilang erti kekuatan... kenapa aku?? kenapa bukan aku?? aku rasakan aku sudah sampai tahap yang orang tak pernah lagi soal di mana.. bila.. dan siapa jodohku.. adakah aku sudah hilang kelayakan itu??

ehh.. ter emosi pule... tapi seriously aku memang perlukan kekuatan itu... or adakah aku perlu mandi bunga bagi menyambut tahun baharu yang ku harapkan ada pelangi yang bisa menceriakan hidup aku.. ok bye..





Friday, December 24

BILA NANTI...

 bila memang engkau tak lagi cinta..
lebih baik engkau katakan saja..
ku relakan bila kau ingin pergi..
meninggalkan luka di dalam hati..

cukup sudah kau lukai hati ku..
yang selalu tulus mencintai mu..
ku ikhlaskan semua yang terjadi..
ku akhiri cukup sampai di sini..



Saturday, October 23

AKU BUKAN JODOHNYA...

 ini salahku.. terlalu memikirkan egoku..
tak mampu membuatmu bersanding nyaman denganku..
hingga kau pergi tinggalkan aku

terlambat sudah.. kini kau tlah menemukan dia..
seseorang yang mampu membuatmu bahagia..
ku ikhlas kau bersanding dengannya..

aku titipkan dia.. lanjutkan perjuanganku tuk nya
bahagiakan dia.. kau sayangi dia.. seperti ku menyanyanginya..
kan ku ikhlas kan dia.. tak pantas ku bersanding dengannya..
kan ku terima dengan lapang dada.. aku bukan jodohnya..


    ego memang sukar diertikan dan dimengertikan.. atau mungkin sebenarnya bukan ego sebabnya.. tapi cuma sekeping hati yang sentiasa rasa dirinya tidak sempurna.. dan akhirnya akibat rasa itu, semua yang mungkin boleh jadi milik kita.. akhirnya perlahan-lahan pergi tanpa kita sedari... dan apabila kita mula menyedari nya.. semuanya telah terlambat...

    betul kata orang.. perpisahan mungkin titik pertemuan sesuatu yang baharu.. dia akhirnya bertemu insan yang lebih sempurna.. insan yang mampu buat dia bahagia.. insan yang lebih dia sayangi.. memang haruslah.. masakan dia tega pergi kalau dia masih sayangkan kita.. atau mungkin bagi dia kita cuma sekadar teman.. teman buat dia singgah sebelum jumpa yang dia sungguh inginkan..

    ihklas.. kadang bukan mudah untuk kita betul-betul ikhlaskan hati.. terkadang melepaskan dengan rela hati tu umpama kita ikhlaskan hati untuk disakiti.. mendoakan dia tak bahagia? jujurnya aku pernah dalam situasi tu... tapi setelah semakin dewasa.. aku mula sedar.. doakan ketakbahagiaan dia.. buatkan kebahagiaan juga semakin jauh dari aku..

    masih mengharap? mungkin.. masih rasa diri tak sesempurna insan yang dia pilih hingga sanggup tinggalkan kita? mungkin.. merasakan orang lain pun sama seperti dia.. hingga membuatkan kita sukar untuk terima yang lainnya? mungkin... walau masih di sini.. masih punya rasa seperti dahulu.. tapi pertambahan usia buatkan aku mula terima dengan lapang dada yang aku bukan jodohnya...

    kan ku ikhlas kan dia... lanjutkan perjuanganku tuk nya.. bahagiakan dia... kau sayangi dia.. seperti ku menyayanginya.. kan ku ikhlaskan dia.. kan ku terima dengan lapang dada.. aku bukan jodohnya.. mungkin sampai masa nanti aku pun akan jumpa insan yang menyayangi aku lebih dari dia.. mungkin...

mungkin.. mungkin bila nanti..
kita akan bertemu lagi...

    tidak.. aku tidak mengharapkan dan tidak menginginkan pertemuan sekali lagi.. walaupun dalam mimpi.. cukuplah sampai di sini.. 



Sunday, January 17

Kisah hidup mereka...

 MCO DAY 5..

sekolah masih berbaki beberapa hari je lagi.. walaupun hanya melibatkan murid spm 2020 di tahun 2021 ni.. dengan penularan pandemik covid-19 yang masih tak menunjukkan tanda2 akan berlalu pergi ni.. semua orang perlu sedar dan perlu ada kesedaran dalam diri.. dalam usaha untuk bersama-sama menangani pandemik ni dan usaha untuk melancarkan kelangsungan hidup.

ok.. haha bukan nak cakap pasal tu pun.. sebenarnya nak cakap pasal siaran ulangan istimewa lejen ni. baru-baru ni pon one of my ex student ade upload status berkaitan kes along spoon.. lepas tu td pengacara ade sebut pasal vokalis kumpulan massa atau scarecrow yang meninggal di usia yang agak muda la bagi aku.. 32 tahun.. so aku pon dengan terujanya google la punca kematian zul scarecrow ni..


Zulkifli Mat Amin

Arwah Zulkifli Mat Amin atau Zul merupakan vokalis kumpulan Masa Scarecrow yang terkenal dengan lagu 'Patahnya Sayap Malam'. Arwahyarham mengasah bakat seninya ketika belajar dan menetap di asrama Sek. Men. Alor Akar Kuantan. 

Arwahyarham meninggal dunia pada 16 Julai 1996 pada usia 32 tahun akibat koma hampir 2 minggu di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan selepas dibelasah sekumpulan lelaki yang tidak dikenali di tempat letak kereta sebuah hotel di Balok tanpa belas kasihan. Arwah mengalami kecederaan teruk di muka dan usus akibat insiden itu dan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan sepanjang menjalani rawatan rapi di hospital berkenaan. 

Mungkin ramai yang mengetahui punca arwah dibelasah. Sebenarnya arwah Zul telah dianiaya oleh rakannya sendiri. Mungkin kerana iri hati terhadap arwah. Sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah buat mereka yang telah pergi.
Cerita yang lebih detail di sini

 lebih kurang kisahnya dengan along spoon.. berkait dengan perempuan..


Sabi'ul Malik Shafiee @ Along Spoon

Arwahyarham terkenal dengan kelunakan suaranya ketika menjadi vokalis kumpulan Spoon. Lagu Rindu Serindu Rindunya adalah antara lagu paling famous Spoon di zaman Rock leleh suatu ketika dulu.

Arwah Along Spoon dibunuh di tempat lain sebelum diikat ke dalam guni dan ditinggalkan di Km 28 Jalan Kuala Klawang- Genting Peras Jelebu. Polis menjumpai rangka mayat Along Spoon pada 6 Januari 2000 berhampiran gaung. Seingat gua, insiden itu berlaku dalam bulan puasa ketika umat sedang sibuk bersedia untuk menyambut hari lebaran dan usia arwah Along ketika itu 19 tahun.

Seorang anggota polis berpangkat L/Koperal, Mohamed Ya'cob Demyati dari cawangan pengawal pengiring IPPKKL telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah tinggi atas tuduhan membunuh arwahyarham Along Spoon.
nak cerita detail boleh baca kat sini 

walau ape pon kisahnya... ceritanya.. isunya.. harap sesiapa pun bertindaklah dengan batas agama.. dengan kewarasan akal fikiran.. sebab bab2 berkaitan dengan nyawa ni mmg takkan boleh diputar semula..