tapi hari ni bukan tu yang aku nak kongsikan... hari ni hari guru.. hari ni jugak aku dikejutkan dengan kehilangan seorang guru yang sangat memberi impak besar dalam hidup aku.. cikgu pertama yang membuatkan aku suka gila matematik.. cara menjawab soalan dengan tersusun dan sistematik.. cara pengajaran cikgu sangat memberi inspirasi kat saya.. terima kasih cikgu..
pernah bergelar anak murid cikgu di SKTN.. juga berkesempatan memjadi teman seperjuangan cikgu semasa menjadi gstt di SKTN.. cikgu masih sama seperti mula2 saya kenal cikgu.. amat bertuah sebab berpeluang menjadi guru kepada anak cikgu.. juga di SKTN..
cikgu Anuar Sadat..
terima kasih atas segala tunjuk ajar cikgu..
terima kasih atas segala nasihat dan teguran cikgu..
terima kasih kerana tidak jemu2 mendidik anak bangsa..
hari ini hari guru..
hari guru yang terakhir untuk cikgu..
moga cikgu tenang di sana dlm kalangan yg beriman..
jasa2 dan nasihat2 cikgu akan terus terpahat dalam hati kami..
selamat hari guru Cikgu Anuar Sadat..
moga roh cikgu dicucuri rahmat..
amin amin amin..
al fatihah
Assalamualaikum dik..terima kasih atas doa utk abg akk. Al-Fatihah
ReplyDeletewsalam kak.. sama2.. cikgu banyak membantu dalam kemenjadian sy.. moga arwah tenang di sana... al fatihah..
Delete